Tuntutlah Ilmu

Assalammualaikum. =)

Selepas ber'emosi' pada Jumaat lepas, sekarang kena sambung buat assignment yang tiba-tiba berlambak. Huh! Mana ada, tapi biasalah istilah last minute tu sebenarnya sudah lama ingin dihapuskan. Tapi biasalah, hangat-hangat air suam ja. Selalu, last minute juga buat. 

Sekarang sedang buat assignment untuk EE, sedang buat proforma balanced sheet untuk service company. oh, amik course business rupanya.  no, i'm not. saya currently amik course dalam field yang berbeza and sedang amik subject engineering entrepreneurship. now, sedang buat financial analysis untuk service company kami. kami menawarkan perkhidmatan which will make your life easier. Yooaw! Terbaiklah propaganda Tok Wan, Mek Nad pun penuh ambisi, Dayangku Hasrina lagi yang engaged, terputus talian. Hehehe... Cik Puan Ika pun penuh dengan imaginasi.Stop! 
"Tuntutlah oleh kamu ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu kerana ilmu akan menjadikan kamu takut kepada-Nya. Menuntut ilmu adalah ibadat, meningati ilmu merupakan tasbih, membincangkannya pula ialah jihad dan sekiranya kamu mengajarnya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah. Manakala menghabiskan masa dengan ahli ilmu merupakan pendekatan diri kepada Allah dan ilmulah yang memberi pengajaran kepada kamu soal halal dan haram, makruh dan syubhah yang akan memelihara kamu dari api neraka" Muaz bin Jabal.
Untuk memajukan Malaysia, kita amat mustahil untuk mengikuti acuan dari negara luar, kita kena ada acuan kita sendiri. Tapi tamadun kita mungkin ada kesilapan apabila menyerap masuk semua perkara tapi ada tapisan. Nampak sangat base budaya kita tidak sekuat orang China, India, dan Jepun. Ok, hal ini akan dibincangkan kemudian. Selepas kelas TITAS minggu hadapan. 

Kadang-kadang saya pelik, kenapalah saya perlu ambil kos wajib Uni ni, sedangkan bila keluar nanti bukan apply pun. Nah, silapnya di situ. Keluar dari alam menuntut ilmu secara rasmi ni, kita akan berhadapan dengan arena menuntut ilmu yang memerlukan kekuatan kita untuk mentafsir segala bentuk maklumat yang kita dapat. Macam active filter, op-amp yang banyak-banyak tu ada keupayaan untuk attenuate almost semua noise yang melekat pada signal. Jadi kita akan dapat signal, tapi bukan pure signal lagi. Jadi bila kita decode semula signal, kalau encrypted betul, kita akan dapat gambar yang jelas pada hari hujan di ASTRO beyond. tapi selalu hilang juga siaran sebab, hujan akan menyebabkan signal propagate.  maaf kalau salah. saya budak baru belajar. dan suka skip kelas digital transmission.

Dunia hari ni penuh dengan uncertainty. Hanya dengan kekuatan ilmu dan hati sahaja kita boleh selamat di dunia dan akhirat. Macam hari tu, buat assignment dengan Tok Wan, pasal Islamic banking. Baru saya faham apa jadi pada tahun 2008 and 1997. Baru faham kenapa ada saham yang dikatakan haram, agak banyak yang jatuh pada ketidakpastian. Selepas  tu, terasa diri ni agak kerdil, teringat kata-kata Socrates "the more i learn, the more that i don't know". Masa buat research tu juga jumpa satu forum, dia minta perbezaan sedekah, zakat dan riba. Sebab perbezaan utama dalam conventional banking dan Islamic banking ni adalah isu riba', dan zakat tu tidak sama dengan charity. 

Esok kena pula bersengkang mata sekali lagi untuk siapkan EM punya lab assignment. Macam buat thesis pula sebab ada buat review kenapa Maglev train tidak dibuat di Malaysia. Itu punya barang r kawan manyak punya hi-tech o. Dan Malaysia belum lagi perlukan such technologies. Maybe untuk EDS tu dah boleh ganti KTM rasanya. Lagi pun EDS lagi murah and noise yang dihasilkan agak rendah, 100db berbanding train yang kita ada, around 170db. Nah~~ ey!x tahan...buat thesis...aish...boleh blah...hahaha

Eh!! Sudah pukul 2.40am. Kena sambung balik buat EE. Later...

p.s :: sebelum kagum dengan sesuatu tu, kagum dulu kepada Pencipta otak manusia. kerana DIA menciptakan sesuatu yang physical dan boleh menjana sesuatu yang bukan physical. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...