Saya kehilangan sesuatu

Assalammualaikum. =}

Mutabaah saya entah lah, mungkin saya yang tidak endahkan. Penat bila gegendang telinga yang hanya boleh mendengar sampai 33 kHz. Terpaksa sumbat dengan 35 kHz. Tak apa. Saya sakit hati, sakit hati dengan diri sendiri bila terpaksa simpan apa yang ingin dikatakan. Malas mahu bertekak. Abah pernah cakap "Kadang-kadang kita kena biar orang lain berfikir..." Maaf abah, saya sendiri sudah keliru, saya mahu semua orang fikir sendiri, bukan lagi kadang-kadang. Sakit hati bila suara terhenti di anak tekak, "sudahlah korang, salah kita juga sebab tak tegur. salah saya. sorry." Ah bencinya self pity macam ni. Nampak sangat orang muda yang tidak boleh bergerak sendiri.

Seksanya bila kita kehilangan arah, bila arah yang kita lalui bersimpang siur, papan tanda pun sudah terbalik arah. Dan kita pun tersesat. Kalau pun kita sedar kita tersilap langkah, tapi adakah kekuatan yang kita pancang itu boleh mengelakkan diri kita kembali semula ke jalan itu? Kadang-kadang pagar-pagar yang kita bina sendiri kita langgar, apa lagi yang telah termaktub. Lagi teruk bila kita tersesat dan kita tak sedar pun yang kita ni tersesat. Thanks kepada mereka yang mengingatkan apabila langkah yang kita ambil tu menjauhkan diri kita daripada tujuan sebenar kehidupan kita.

Saya kehilangan sesuatu. Dan masih tercari-cari, apa yang saya tercicir sekarang? Kadang-kadang rasa terlambat, sehingga terasa mahu berputus asa terhadap diri sendiri. Terlupa yang kita tidak sepatutnya pernah bersangka buruk dengan rencana-Nya. Belajar balik dengan buah tembikai. Saya perlukan buku itu.

Saya pun mahu jadi macam Tun Dr Mahathir, yang nampak sebuah gambar kecil dalam sebuah gambar yang besar, yang masih betah berdiri biarpun semua orang yang beliau percaya pernah mengkhianati beliau.

2 comments:

  1. jgn risau..kalau hilang arah,,doa je dgn Allah..insyaAllah,,dia akan membantu..Tuhan pasti akan menunjukkan kita arahh..k..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...