Nilai sebuah persahabatan

Assalammualaikum. =)

Just finished reading the book I borrowed from Nawal yesterday, ...Hujan pun menari... by Norhayati Berahim. I slept early at this morning and only awake when my older sister called. Well, she found her new idol I guess. Semalam selepas baca chapter 1 novel ni, saya teringat satu catatan.
“Janganlah engkau menganggap persahabatanmu dengan seseorang itu biasa-biasa sahaja. Syukurilah teman-teman baikmu. Mungkin satu hari nanti apabila engkau bangun dari tidur dan menyedari bahawa kau telah kehilangan mutiara, kerana terlalu sibuk mengumpulkan batu”
Ayat ni saya tulis dalam hampir semua buku kecil yang saya ada di matrix. Hmmm... =] untuk saya tidak menjadikan 'sibuk' untuk dijadikan alasan untuk terputus hubungan dengan kawan. Saya bukan sibuk pun. Tapi sering terlupa perihal kawan-kawan yang kini sudah berada di merata-rata. Apadah~~~

Kenapa persahabatan yang kita pernah simpul sebelum ini boleh putus? Mungkin ada kejadian yang berlaku diantara dua orang sahabat yang menyebabkan simpulan itu putus, atau kita sendiri terlalu mementingkan diri sendiri. Sedangkan mahalnya nilai sebuah persahabatan itu lebih mahal dari mutiara. Kerana kita tahu, saat kita gembira, ada telinga akan berkongsi kegembiraan itu dengan kita, pada saat kita sedih, ada bahu untuk dipinjam, dan pada saat kita lemah, akan ada tangan lain yang akan membantu. Pinjam sebentar lagu Sahabat Selamanya dari Padi (ft Upin & Ipin), kita berbeda untuk saling mengisi kekurangan kita.

Dalam bersahabat, simpul itu tidak akan putus kalau kita simpulkan kerana ALLAH Yang kita murnikan dengan saling ingat-mengingati, nasihat dan kejujuran. Semoga persahabatan yang terjalin antara kita kerana  kasih Ilahi. Dijaga dan diredhai-Nya.

Maaf kalau saya tersilap. Because how people valued a friendship may differ from other.


p.s :: sebelum publish post, nampak Farah keluar dari bilik, hehe.. Teringat semalam bila bercerita dengan Arin, Am dan Farah... Arin cakap, "Alah, dia cari kita bila dia susah je." Jawapan penuh sarkastik tapi dalam "Itulah gunanya kita sebagai sahabat, sentiasa ada bila dia susah. Kalau dia senang, kita ada atau tiada terpulang pada si empunya diri lah. Hanya dicari apabila susah." Amboi Farah. Ok, i got it. Chao~~ let me back to the track. 16x2 LCD sheet.... Simpan rapi harapan bersahabat selamanya [Cinta Berkawan - EdCoustic]. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...