Bingkisan Hati

Assalammualaikum. =]

Ok fine. Idah jiwang. Yayaya… Bila hati lara, maka tertulis sebuah cerita penuh ros dan lumpur. Hey, it is not good to fake that smile. But still, bukankah senyum itu menggembirakan, senyum itu menyenangkan hati setiap orang yang berada disekeliling.  Ada satu tahap dimana senyum hanya membuatkan seseorang itu menjadi lebih tertekan dan sedih. Apatah lagi bila kita menyakitkan hati orang lain, senyum kita untuk orang lain adalah sangat menyakitkan. Entahlah…tapi rasa itu yang menikam dihati bila sedang bergurau dengan orang di kiri sedang orang dikanan tidak dipedulikan. Tapi kenapa ignore? 

                Sendiri keliru. Bila mana logic juga disalahkan. Bila 4 tak sama dengan 5 ingin dipertikaikan. Kenapa? Sebabnya sudah ada, mungkin diri sendiri tidak mahu mengaku kesalahan. Perspektif setiap orang berbeza, berbuat salah dan tidak mengaku salah. Berbuat salah dan mengaku salah. Tapi, bersalahkah bila minta orang yang lebih berbunga ayatnya, lebih jujur untuk melakukan perkara tersebut untuk mengambil tempat yang sememangnya mahu dikosongkan? 

Memang sangat pentingkan diri sendiri, semua orang pun penat. Logic tak boleh salah, kecuali 4 boleh 5. Kan sudah yang mengganti itu lebih baik. Kalau main aci tak aci, mungkin kerja menjadi lebih rumit. Mengelakkah? Bukan, tapi terasa pedasnya cili mak cik gerai depan, biarpun tidak dirasa. Huh~ Bila semua orang seolah-olah menyalahkan si budak yang berhati macam cotton candy. Bukan lemah maksud nya, tapi sensitif. Hati perempuan kan lembut macam sutera?

Hati kena tabah mengharungi hidup. Biarpun tiada siapa pun yang faham dan menemani. Dan akhirnya ditinggalkan berseorangan oleh setiap insan yang kita percayai untuk berada di laluan ini.  Tapi mana mungkin saya berani mengkhianati satu harapan, kecuali diminta dengan alasan yang lebih kukuh berbanding 2=1, if x=y. Hidupku tidak aman dari prasangka buruk dan disangka buruk.

Ya Allah, permudahkanlah urusan-urusan dalam hidupku. Berikanlah aku, dalam semua hal hidup ini, apa yang terbaik di sisi-Mu kepadaku. Sesungguhnya hanya Kau maha mengetahui sedangkan aku banyak silap meskipun aku tahu tentang perkara itu.

PS :: Sepatutnya saya tidak boleh tidur macam ni, boleh lah mula buat report, tapi semua buat tak tahu je. Sebab dorang penat sangat. Sorry. Tapi saya pun x mau la kena condemn belakang. Hehehe… Bila jari ini laju menaip, di dalam hati hanya ada Engkau.

3 comments:

  1. friend... u ok??? everything all right?

    ReplyDelete
  2. ida...bak mai email mu wahai c adik(ko kn muda setahun kn2)hehehehe..aku suda bt ida....siap aku letak taman lg dlm 2..pdahal yg mau d ckp setitik jak tp aku bt sebelanga susu..akakaka

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...