Pekak

Assalammualaikum. =)

Pada satu hari, bukan dua hari dan tiga hari,di sebuah perkampungan katak, mungkin perkampungan katak tempat Naruto belajar. Tapi bukan juga. Adalah satu tempat yang underground, di sebuah tempat yang misteri. Diceritakan, akan berlangsunglah satu pertandingan, di antara penduduk kampung tersebut. Pertandingan yang dipengaruhi oleh cerita Mulan, sesiapa yang dapat naik ke atas bukit berbatu yang licin, dia akan mendapat gelaran sebagai hero. (eh yang ni, x pasti apa ganjarannya. Apa kaitan dengan Mulan. Alah, kan Mulan naik batang kayu dan ada beban di kedua belah tangan dia? Kita naik pokok kelapa pun x boleh.) Mendengar perkhabaran tersebut, banyaklah katak-katak yang 'gagah-gagah' berlatih untuk menyertai pertandingan ini.
Semua penduduk kampung tahu apa pun spesies katak tersebut, mereka tidak akan berjaya untuk sampai ke puncak bukit. Kerana batunya yang licin dan kontur yang agak curam, 79 degree. Belum pun mula pertandingan tersebut, penduduk kampung katak ini, sudah mula berbuat bising mengutuk peserta pertandingan kerana menyertai pertandingan yang tidak akan ada pemenang. Peserta yang mendengar bisikan, jeritan dan membaca surat khabar yang kerjanya mengutuk sahaja sudah mula kehilangan semangat. Ada yang menarik diri sebelum pertandingan bermula, kerana takut hanya akan memalukan diri sendiri.
Selepas berlatih dengan penuh bersemangat, keluar masuk gym, turun naik tangga, maka hari pertandingan pun bermula. Katak-katak afrika, tersenyum lebar, kerana mereka dikatakan golongan paling besar. Katak-katak tebu beracun pula paling bermuslihat. (ok.yang ni just untuk merapu. xda sebarang kaitan)  Ketika hujan mula turun, katak penjaga litar mula memanggil para peserta untuk mengambil tempat di podium kerana pertandingan akan bermula ketika hujan turun dengan lebat. "Sedia!.... Mula!..." (telah ditranslate ke bahasa manusia) Dan pertandingan pun bermula.

Dengan batu yang licin, laluan yang curam, dan hujan lebat. Peserta yang mendahului pertandingan tergelincir dari laluan. Katak yang berada dibelakang terkejut. Dan seekor demi seekor meninggalkan pertandingan. Masih tidak putus harapan, masih banyak katak yang yakin akan dapat melompat sehingga ke puncak bukit meneruskan lompatan. Tapi separuh perjalanan, bila penat, dan laungan katak-katak yang lain menyuruh turun membuatkan keyakinannya mati. Tinggal suku bilangan lagi, katak yang meneruskan lompatan, dan kutukan penduduk katak ini semakin kuat dan semakin pedas. Hati sekeras batu pun boleh pecah. (katak ada hati ke?) Akhirnya, cuma seekor katak kecil dari golongan katak yang tinggal dalam parit depan MKR5 yang tinggal. Diteruskan lompatan, kerana matlamatnya, mahu menaikkan nama katak parit MKR5 dijulang. "Haish, katak kecil tak reti bahasa, ko nak mampus ke? Katak tak sedar diri. Ko ingat ko duduk di MKR5 tu ko akan dapat IC untuk implan ko punya jantung lepas ni? Teruk la ko... Cacat la ko lepas ni" (hehe...sori la, sy x pandai mengutuk blakang2, kalau x menjaga hati orang tu, i'm your expertise.)

Tapi, katak kecil tak peduli. Satu persatu batu di bukit tersebut menerima lompatan katak kecil. Batu kerikil ada yang mula jatuh, menunjukkan betapa tidak utuh batu-batu tersebut. Selepas tergelincir ke bawah, dia bermula semula. Penduduk kampung katak sudah mula beransur pulang, tidak kurang yang menunggu melihat kegagalan si katak kecil. Paramedik juga sudah di suruh datang, membawa satu board 8085 yang hilang dalam lab MKR5. 

Selepas 3 hari 3 malam dengan hujan yang lebat, (time Kangar banjir rasanya, kan tahun lepas macam tu) katak kecil! wow berjaya sampai ke puncak. Terlopong semua katak-katak yang melihat semua kejayaan tersebut. Tak payah menjelirkan lidah menangkap lalat, lalat masuk dengan sendirinya ke dalam mulut. Pemberita pun datang kepada katak kecil bertanyakan rahsia, "Hah, maaf saya tak dengar." Pekak! Si katak kecil pekak, dia tidak mendengar apa-apa pun yang dikatakan oleh penduduk kampung katak ini. Dia ingatkan katak-katak yang melihat pertandingan ini, datang memberikan sokongan. Dan semangatnya ada walaupun gagal beberapa kali.


Tergerak untuk menulis entry ni. Rasanya semua orang pernah dengar cerita ni. Tapi maaf, hamba lupa dari mana hamba mendengar cerita katak ini. Rasanya Dr HM Tuah atau Dr Fadzilah Kamsah. Nanti kita double check ok. Heh... Tadi baca blog Genta Rasa tentang 1326. Terfikir, adakah saya percaya dengan diri sendiri? Heh~~

Pernah sekali, terdengar kutukan dan terasa disindir. Sebab saya budak hati cotton candy. Memang confirm cair la. En. Mamu pernah cakap "lebih baik saya marah-marah kamu sekarang, supaya selepas ini, kamu akan kebal bila dikutuk dari luar". Sir, saya pun harap macam tu, tapi takut kalau hati sekeras batu menjadi hitam sehitam arang. Masih belum dapat bezakan kutukan yang membina dan menjatuhkan dalam masa yang sekejap. Sorry sir. Stack pointer saya kehilangan data bus. Cuma ada data bus untuk input sahaja.
Ok...Later... 

p.s :: baru teringat sebab sebenar online...nak cari LCD sheet

14 comments:

  1. cerita yg cm kejap logik kejap x..hahaha..
    hati cotton candy tu cne?ade cm hati tisu ke?

    ReplyDelete
  2. @Nawal Atifah hehehe...sebab sedang serabut..biarpun duduk dalam rumah je..macam semua x menjadi... hehe...lebih kurang la..hahaha

    ReplyDelete
  3. bagus la crita ni..maknanya orang yg pekak pun ada kelebihan,,...mcm katak ni gak..walaupun orang kutuk dia,dia tak dgr..dan anggap orang tu bagi sokongan kat dia..

    ReplyDelete
  4. haha ...bila masa hang jd c ulat buku ... bgs222 membaca jambatan ilmu... baca buku teks jd org skema,,, baca buku agama jd org beriman,,, baca buku ilmiah jd perdana menteri,, baca novel jd ORG JIWANG... hahaha

    ReplyDelete
  5. Owhh dia pekak sebab tu dia x dgr org kutuk dia! Hhahahaha

    Moral of the story: tidak payah dengar kata orang yg hanya akan men'down'kan semangat kita utk berjaya

    ReplyDelete
  6. walaupunn x semua jd,at least ade gak yg jadi..ngee.. XD

    ReplyDelete
  7. @aLieF si Muncung ManiS, semua orang ada kebolehan sendiri...jadi kita tak boleh la sesuka hati mengutuk orang lain...hehe

    ReplyDelete
  8. @md padzir aidil hey saudara...hehehe...sa baca novel banyak2 mah, sebab cari pengalaman...mana sa rajin baca encyclopedia...hehehe

    ReplyDelete
  9. @CinoiLavigne hah~~~~btul2...itu bah tu yang mau ditulis sebenarnya... tp nda tersampai

    ReplyDelete
  10. haha..dan katak tu adelah ko..ngee.. XD

    ReplyDelete
  11. @Nawal Atifah banyak la ak katak tu hahaha...ak org kutuk sikit dah melting macam cokelat mnm

    ReplyDelete
  12. ngee..ko cm coklat..aq cm tisu..tertarik skit da koyak..ngaa..

    ReplyDelete
  13. @Nawal Atifah tula pasal, klu en mamu marah2, kutuk2 tu ak try gak nak relax...tp susah kot..balik2 tu muncung bleh sangkut hanger.. patutnya dah nak habis sem ni dah lali... tapi xda maknanya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...