You, please keep healthy

Assalammualaikum...

Kelmarin kak dydue kena migraine (kak?!!idah, you SP is overloaded already. i know) . Alolo kesiannya dia, sampai tidak boleh buat apa-apa. Ya, migraine adalah sakit kepala yang tidak akan sembuh tapi boleh dikurangkan. Itu adalah info yang saya dapat masa belajar bio di matrix dulu. Mesti sangat sakitkan, sudahlah sebelah ja yang kena. Sabar. Kalau kita sakit, tandanya ALLAH masih sayang akan kita. Well, mungkin sebab kurang tidur, I guess. Sebab group kesayangan dalam facebook sangat aktif pada malam tu, dan saya menggila depan laptop sebab internet sangat-sangat selow~~ Encik ICT, tolonglah do something... Kesian kami~~ (style Yana...) Kakak dan abang Class 0307 SEMEKAR, please keep healthy. Every body worried.

Tadi pergi klinik. Ya, Perth-Lis sedang berangin sekarang ni. Kuat, pintu rumah ni boleh terbuka dek tolakan angin ja. Terkejut kami bila dia terbuka dengan sendirinya, sudahlah sekarang ni ada sangat banyak kejadian yang melibatkan manusia yang tidak bertanggungjawab. At least, kalau hantu kesan dia tidak akan seperti kejadian pagi tadi. Ah~~ Tidak boleh tidur pukul 3 pagi sendiri. Jangan cari nahas. Shut! Apa kena-mengena dengan klinik... Oh anda, anda sudah berada dilaut dalam. Me, please keep healthy too.

Demam... Well, nasib badanlah kan... Biarkan. Doktor klinik tu pun cakap, this sem i saw you twice already, with the same problem. Ke~ke~ September dulukan Perlis hujan. (Oh, kedapatan. Sebenarnya bukan di Perth-lis...Perlis... Ok, oversea untuk saya. Diam) Dapat ubat ni first time sebab saya memang sudah tidak boleh bercakap! Bukan-bukan itu cerita saya... (adei, punya panjang bukan itu topic utama!)
Ya, batuk berkahak. Diam... Sakit you...
Pergi klinik pukul 4.00, right after lab embedded which saya duduk antara meja supaya tidak kena air cond. En Azman pula rajin lalu kawasan kami kali ni. (Sebab semua orang dalam kumpulan tu main... "saya tak marah. saya nasihat je." erkkk...berdesing telinga... tapi encik, otak saya tak boleh bergerak, aircond tu betul-betul menghala ke meja saya dan hidung saya sudah berair-air.) Alasan-alasan... ya, ya. Jangan risau sir, saya serumah dengan Soon. Nanti saya tanya dia. Ke laut china selatan sudah budak ni. Sengaja pergi klinik masa tu, supaya dapat TL (time leave) untuk lab Control Systems. Nasib baik Encik Nazri tertinggal cop... Selamat sikit 5%. 

Bila sampai klinik yang dulunya berada pintu pagar block, ada satu orang lagi student, lelaki pakai baju merah. Rasanya 1st time dia datang klinik ni. Macam Nadia. Kali pertama! Selepas 4 sem di UniMAP ni. Gila cekang antibodi~~ Oh, Nadia gastrik. Terlebih mengurangkan makan. Shhh~~~ Budak tu datang awal dari kami, tengok nombor, 1018. Bila daftar saya dapat 1020. Means adik tu (i guess adik, ya, saya sudah tua) dapat nombor 1019 kan. Tunggu, tunggu.... Aih lamanya menunggu. Ting tong~ 1019 dipaparkan di LCD. Tapi dia buat dunno ja. Saya dengan Nadia bagi signal dengan dia, tapi mulut confirm kunci la... Pemalu kononnya~ Bengong disitu untuk saya. Jadi, saya pun potong queue sebab 1020 sudah~~ Dan dia masih duduk disitu, padahal dia tengok juga LCD no tu. Eh, itukah nama tu? IDK. Tapi, betul, dia angkat kepala dia tengok LCD tu! Saya tidak menipu anda! Nadia pun cakap macam tu.

Rupa-rupanya cerita dia macam ni. Sebab Nadia dapat no 1021, jadi dia masih menunggu dengan adik tu. Adoi, mungkin ini first time dia pergi klinik UniMAP, then dia tidak perasaan ada resit nombor tu untuk dia. Boleh dia biar resit nombor tu diatas meja. Lepas tu, bila saya keluar, barulah turn dia masuk. Staff tu pun pelik Nadia cakap.
Tu...tu... LCD tu call for me... Sorry I didn't mean to skip the queue.
Lepas tu, bila dia keluar, well macam hospital. Kita kena tunggu masa kena bagi ubat kan. Tapi mamat tu, boleh blah macam tu ja. Ok, dalam kepala saya dia just ambil MC. macam Farah buat. Pergi klinik jumpa doktor, tak ambil ubat tapi ambil MC. Sebab Farah adalah pengunjung tetap klinik tu, jadi dia sentiasa ada bekalan ubat rasanya. Bila adik tu keluar, Nadia pula jumpa doktor tu. Doktor comel~~ Perempuan ok. Then, saya dengar, "Mohammad Razif." Hahaha... Miss... mamat tu dah blah! Tapi saya mana boleh ketawa ada staff UniMAP yang tunggu giliran juga, no dia 2015. See the difference between student 10, and staff 20? Teori saya buat sendiri, sila abaikan. You, all of you, please keep healthy.

Kesian pun ada juga, rasa bersalah sebab tidak tanya dia, dia ambil ubat atau tidak. Oh adik. Sorry. Tapi lucu, siapa suruh. Cuba-cubalah ringankan mulut tu sikit. Staff klinik ni betul baik.. Tak tipu... Ini kunjungan ke-4 saya di klinik ni. Dan ya, 1st time saya minta TL. Kamu? Nah, kerja tu ambil MC ja semua... Jangan tipu...

Ok. Later... saya kena paksa SFR masuk juga dalam otak ni. chao~~~ wasalam. Nama yang digunakan adalah bukan nama sebenar.


p.s :: you, all of you. please keep healthy. Tahu tidak nikmat sihat itu sangat besar. Bersyukurlah kita.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...