Cantik tapi penuh duri. Sangat cantik bila diberi penjagaan yang betul sebab dia akan berbunga, tapi bukan semua orang akan dapat melihatnya berbunga.
Bila kaktus itu mempunyai akar yang sudah buruk, sedangkan batang dan bunganya belum kering, adakah kaktus itu boleh diselamatkan? Kalau tidak dicantas dan tanpa rawatan yang betul, nanti kaktus itu akan rosak. Dan kau tidak punya cara untuk menyelamatkannya.
Siapa sangka bukan, kaktus yang penuh duri itu rupa-rupanya masih
berdepan dengan pelbagai masalah, dia berdepan dengan kutu, hama juga
tikus! Dan sebenarnya tanpa duri itu, kaktus mana mungkin dapat hidup
dalam masa yang lama tanpa air.
Seperti itukah kehidupan? Perfectionist. Tapi tidak ada makhluk yang diciptakan oleh ALLAH dibumi ini sempurna. Sepanjang perjalanan kehidupan kita ini adalah pembelajaran, dan kita perlu melakukan kesilapan. Tidak ada manisnya hidup tanpa segala ujian dan musibah, bukan? Dan sebagai manusia, kita tentunya akan melakukan kesilapan, kesilapan-kesilapan yang menunjukkan betapa kerdilnya kita.
Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, // mungkin kita mahu berjaya
diberi Nya kaktus berduri, // tapi kita gagal
Aku minta kupu-kupu ceria,
diberi-Nya ulat yang hodoh,
Aku kecawa dan sabar, tetapi bersabar, // kita perlu terus bangun, jangan jatuh terus
Tidak lama kemudian,
Rupanya, kaktus itu berbunga indah,
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik. // dilengahkan masa itu, supaya kita jadi lebih baik
Itu salah satu cara Tuhan mengasihi kita.
p.s :: yang membezakan antara manusia dan haiwan itu cuma akal. dan bila akal tidak lagi dipagari oleh hati maka tidak hairan sangat ramai yang mendabik ke langit.
nice^^
ReplyDelete@scarletmihuhu terima kasih..even macam tidak kesampaian apa yang mau kena tulis
ReplyDelete