Assalammualaikum...
Terbaik... baru pinjam novel ni dari Nawal. Dan habis baca buku ni selepas 2 jam baca, tanpa sebarang gangguan. Mestilah, jam 11malam. Siapa lagi yang mau kacau, sudahlah weekend. Kalau tidak, mesti haru juga terfikir besok ada kelas. Lagipun novel ni ada dalam 361 muka surat ja pun... Ok, done talking such thing...
\
Fakta! Itu yang diperlukan agar novel yang berada dipasaran kita sekarang tidak terus dilabel sebagai bahan bacaan picisan. Dan fakta yang tertulis bukan sembarangan, perlu ada ilmu dan kajian di atas fakta tersebut. Syabab Musafir Kasih by Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Cerita tentang seorang anak yatim yang cekal dan kental dalam mengharungi dunia. Dia seolah-olah mempunyai Kak Zah tempat untuk mendapatkan perhatian sedangkan ibunya masih hidup. Dan realitinya, kita selalu membiarkan seseorang itu terus hanyut, sedangkan tanggungjawab kita untuk membawa mereka kembali kepada fitrah sebagai seorang manusia. Syabab beruntung untuk terus membesar dan membentuk sebagai seorang Islam yang lahir diatas kesedaran terhadap tanggungjawab tersebut dan mahu terus menggalas tanggungjawab tersebut. Kalau ada yang mendengar khutbah Jumaat minggu lepas, *saya dengar via IKIM FM.* Untuk membentuk sebuah masyarakat yang berada di jalan yang betul yakni Islam, maka kita perlukan masa, kita perlu didik ibu bapa agar mereka hidup dalam suasana Islam yang sebenar, dan dengan itu mereka akan dapat memberikan didikan yang betul terhadap anak mereka sendiri.
Novel yang sebenarnya entah ke berapa dalam bulan ini. Ada novel dari Azer dan beli sendiri. Jadi reading challenge looks like will abandoned very soon. As the task is piled already.
Pada mulanya agak keberatan untuk membaca buku ini sebab terasa belum mampu mencerna apa yang bakal tertulis, tapi akhirnya tersentak sendiri. There is sometimes we will feel like that we are a tiny thing in this huge cosmos. That happen. Sepanjang membaca buku ini, kenapa tidak saya menilik hati kecil ini sendiri. Keadaan kita sekarang ini, yang seperti menunggu untuk meletup dan melepaskan lava-lava yang cuba ditahan kemaraannya agar tidak meletus. Masih terus terasa dengan ayat, 'adakah kita membuat hukum melalui drama?'... '..bergurulah kamu dalam menuntut ilmu..'
Later...
Be grateful if you still feel guilty when you are not doing the right as a Muslims, and from that moment, be better! and acknowledge that you have to be sincere on it.
No comments:
Post a Comment