Assalammualaikum!!
Sangat-sangat setuju. Bila hati sedang tersenyum, senyuman pun sudah hampir ke telinga... Sangat sedikit kata-kata yang berlalu di otak. Tapi biarlah kita saling mengingati.
Ingat perkara-perkara yang mendatang dalam setiap perkara yang sedang kita lalui. Mungkin ketika ini kita masih boleh bergelak ketawa sedang ada sangat ramai saudara kita sedang bertarung nyawa. Sangat banyak air mata yang mengalir kesedihan dan sangat ramai yang memerlukan bantuan tentunya. Kita terasa tidak ada kerja yang perlu dilakukan sedangkan sangat banyak assignment yang menunggu dikemudian hari.
Kadang-kadang ada terdetik dihati, teruknya kerana membiarkan orang lain terus menerus hanyut dalam dunia yang mereka reka sendiri. Berkali-kali ditegur tapi masih tetap tidak berubah, akhirnya kita sendiri jemu.Takkan tak faham lagi. Bukan tidak mahu membantu, tapi dunia kita digerakkan oleh kita, kalau kita tidak mahu berusaha, maka kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang sama. Macam mana sekalipun kita mahu nasib kita berubah, tapi tanpa usaha kita sendiri, maka kita akan tetap menghadap coding dan formula yang sama tanpa faham apa-apa pun.
p.s : words that to realize he wasn’t around anymore. Peace! It’s fake.
No comments:
Post a Comment