You, please keep healthy

Assalammualaikum...

Kelmarin kak dydue kena migraine (kak?!!idah, you SP is overloaded already. i know) . Alolo kesiannya dia, sampai tidak boleh buat apa-apa. Ya, migraine adalah sakit kepala yang tidak akan sembuh tapi boleh dikurangkan. Itu adalah info yang saya dapat masa belajar bio di matrix dulu. Mesti sangat sakitkan, sudahlah sebelah ja yang kena. Sabar. Kalau kita sakit, tandanya ALLAH masih sayang akan kita. Well, mungkin sebab kurang tidur, I guess. Sebab group kesayangan dalam facebook sangat aktif pada malam tu, dan saya menggila depan laptop sebab internet sangat-sangat selow~~ Encik ICT, tolonglah do something... Kesian kami~~ (style Yana...) Kakak dan abang Class 0307 SEMEKAR, please keep healthy. Every body worried.

Tadi pergi klinik. Ya, Perth-Lis sedang berangin sekarang ni. Kuat, pintu rumah ni boleh terbuka dek tolakan angin ja. Terkejut kami bila dia terbuka dengan sendirinya, sudahlah sekarang ni ada sangat banyak kejadian yang melibatkan manusia yang tidak bertanggungjawab. At least, kalau hantu kesan dia tidak akan seperti kejadian pagi tadi. Ah~~ Tidak boleh tidur pukul 3 pagi sendiri. Jangan cari nahas. Shut! Apa kena-mengena dengan klinik... Oh anda, anda sudah berada dilaut dalam. Me, please keep healthy too.

Demam... Well, nasib badanlah kan... Biarkan. Doktor klinik tu pun cakap, this sem i saw you twice already, with the same problem. Ke~ke~ September dulukan Perlis hujan. (Oh, kedapatan. Sebenarnya bukan di Perth-lis...Perlis... Ok, oversea untuk saya. Diam) Dapat ubat ni first time sebab saya memang sudah tidak boleh bercakap! Bukan-bukan itu cerita saya... (adei, punya panjang bukan itu topic utama!)
Ya, batuk berkahak. Diam... Sakit you...
Pergi klinik pukul 4.00, right after lab embedded which saya duduk antara meja supaya tidak kena air cond. En Azman pula rajin lalu kawasan kami kali ni. (Sebab semua orang dalam kumpulan tu main... "saya tak marah. saya nasihat je." erkkk...berdesing telinga... tapi encik, otak saya tak boleh bergerak, aircond tu betul-betul menghala ke meja saya dan hidung saya sudah berair-air.) Alasan-alasan... ya, ya. Jangan risau sir, saya serumah dengan Soon. Nanti saya tanya dia. Ke laut china selatan sudah budak ni. Sengaja pergi klinik masa tu, supaya dapat TL (time leave) untuk lab Control Systems. Nasib baik Encik Nazri tertinggal cop... Selamat sikit 5%. 

Bila sampai klinik yang dulunya berada pintu pagar block, ada satu orang lagi student, lelaki pakai baju merah. Rasanya 1st time dia datang klinik ni. Macam Nadia. Kali pertama! Selepas 4 sem di UniMAP ni. Gila cekang antibodi~~ Oh, Nadia gastrik. Terlebih mengurangkan makan. Shhh~~~ Budak tu datang awal dari kami, tengok nombor, 1018. Bila daftar saya dapat 1020. Means adik tu (i guess adik, ya, saya sudah tua) dapat nombor 1019 kan. Tunggu, tunggu.... Aih lamanya menunggu. Ting tong~ 1019 dipaparkan di LCD. Tapi dia buat dunno ja. Saya dengan Nadia bagi signal dengan dia, tapi mulut confirm kunci la... Pemalu kononnya~ Bengong disitu untuk saya. Jadi, saya pun potong queue sebab 1020 sudah~~ Dan dia masih duduk disitu, padahal dia tengok juga LCD no tu. Eh, itukah nama tu? IDK. Tapi, betul, dia angkat kepala dia tengok LCD tu! Saya tidak menipu anda! Nadia pun cakap macam tu.

Rupa-rupanya cerita dia macam ni. Sebab Nadia dapat no 1021, jadi dia masih menunggu dengan adik tu. Adoi, mungkin ini first time dia pergi klinik UniMAP, then dia tidak perasaan ada resit nombor tu untuk dia. Boleh dia biar resit nombor tu diatas meja. Lepas tu, bila saya keluar, barulah turn dia masuk. Staff tu pun pelik Nadia cakap.
Tu...tu... LCD tu call for me... Sorry I didn't mean to skip the queue.
Lepas tu, bila dia keluar, well macam hospital. Kita kena tunggu masa kena bagi ubat kan. Tapi mamat tu, boleh blah macam tu ja. Ok, dalam kepala saya dia just ambil MC. macam Farah buat. Pergi klinik jumpa doktor, tak ambil ubat tapi ambil MC. Sebab Farah adalah pengunjung tetap klinik tu, jadi dia sentiasa ada bekalan ubat rasanya. Bila adik tu keluar, Nadia pula jumpa doktor tu. Doktor comel~~ Perempuan ok. Then, saya dengar, "Mohammad Razif." Hahaha... Miss... mamat tu dah blah! Tapi saya mana boleh ketawa ada staff UniMAP yang tunggu giliran juga, no dia 2015. See the difference between student 10, and staff 20? Teori saya buat sendiri, sila abaikan. You, all of you, please keep healthy.

Kesian pun ada juga, rasa bersalah sebab tidak tanya dia, dia ambil ubat atau tidak. Oh adik. Sorry. Tapi lucu, siapa suruh. Cuba-cubalah ringankan mulut tu sikit. Staff klinik ni betul baik.. Tak tipu... Ini kunjungan ke-4 saya di klinik ni. Dan ya, 1st time saya minta TL. Kamu? Nah, kerja tu ambil MC ja semua... Jangan tipu...

Ok. Later... saya kena paksa SFR masuk juga dalam otak ni. chao~~~ wasalam. Nama yang digunakan adalah bukan nama sebenar.


p.s :: you, all of you. please keep healthy. Tahu tidak nikmat sihat itu sangat besar. Bersyukurlah kita.

pen merah, biru dan hitam

pen merah pen biru
you marah, i love you...
(dimana pen hitam?)

Ha.Ha.Ha. Siapa pernah dengar lagu ni? Lagu budak-budakkah ni? I guess, orang tua yang cipta pun. Tapi best. It not the point, the point here is... 'awak, hati dia sakit tapi tidak mungkin akan mati.' ~ Lord Zara style, yes I admit. Sebab saya sangat suka baca post dia. Wah, dia sangat dipercayai oleh kawan-kawan.

You, i've fallen to someone. someone every one care, but it impossible to be with him. ayat ni, buat semua jadi kucar kacir. susahkan bila dalam satu kumpulan tu, ada orang yang bermain mata. saya sendiri tidak tahu. sangat jauh untuk menelaah ke dalam hati tiga orang yang sangat kita sayang. lagi parah bila akhirnya ketiga-tiganya sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku. 

kamu si pen hitam. kamu yang jatuh hati dengan prince naveen, cinta itu satu fitrah. bukan salah kamu kalau rasa itu wujud sekalipun, jadi berhenti menyalahkan diri sendiri kerana jatuh cinta dengan dia. walaupun akhirnya, akan terasa sakitnya hati bila tahu dia sebenarnya menunggu orang lain dan kita sendiri tahu, tangan yang bertepuk itu, tidak bertepuk sebelah tangan. teruskan sahaja kehidupan. biarpun sangat pahit.

kamu si pen merah. kamu bahagia bukan? mungkin kamu belum tahu, tapi pen biru tidak pernah menafikan. dan saya gembira, kamu tidak bersedih diatas kehilangan sebelumnya. sebab dia mungkin boleh mengganti, cuma kamu juga tidak yakin rasa itu.

kamu si pen biru. saya minta maaf. saya minta maaf kerana mendapat kepercayaan kamu dan kedua-duanya. kamu yang tidak faham apa yang dirasakan oleh cinderella dan snow white, kamu berhak membuat keputusan kamu. maaf, saya tahu cerita keduanya, ketiga-tiganya. seorang dihulu, dimuara dan ditanjung. ya, baru perasan. rupanya begitu perjalanannya. siapa yang nampak, mungkin orang lain nampak apa yang berlaku tapi akhirnya hanya berakhir dihujung nafas. 
saya? sekeping kertas, saya cuma boleh memerhati, membaca segala yang kamu coretkan. saya melihat hanya sebagai seorang kawan. tapi ini soal dua hati. antara pen merah dan pen biru tanpa tertinggal pen hitam. tapi yang rasa bersalah kini cuma satu hati, ya, saya rasa bersalah kerana mendapat kepercayaan kamu. bukan berdua tapi bertiga. 
abaikan note embedded systems dibelakang
tiga segi? tidak. cuma satu garisan lurus, biarpun one-way traffic disebelah sini, tapi disebelah sana ada lebuh raya. patah balik antara dua hati, tepukan itu bergema. kamu apa yang perlu saya lakukan? koyakkan kertas yang sudah basah ini, supaya pen biru tidak membaca apa yang ditulis pen hitam. sebab pen hitam minta itu. pen biru. saya sayang kedua-duanya, pen hitam dan merah. cuma tidak tegah melihat yang seorang menangis lagi. ya, dia sakit biarpun dia boleh ketawa dihadapan kita tanpa seorang pun terkesan, tapi tadi dia menangis lagi untuk yang kesekian kalinya kerana kamu...

p.s :: dari mata helang pemerhati. person doesn't always want to show their emotion. they keep it alone. ah sudah...

Big Bang vs 2NE1

Ok. post ala-ala eat you kimchi written edition... well, currently addicted to 2NE1-Lonely (Japanese Version) where they filming it still with snow, but much better i guess, even i like the korean version more for song, but for music video, i prefer japanese version more. Oh, may be because i already get used with the korean version. ok, fine... done there...

Big Bang - Love Song
2NE1 - Lonely

Destinasi Terjah : Langkawi

Assalammualaikum.

Bosan?! Mana ada, test berderet minggu depan, tanpa sebarang kompromi. "I am the one who give you the test, so let me decide it." that word enough to tell you the situation of this session. This post will be extremely long, and I know I can't write something that 'ringkas dan padat'.

Perancangan yang kami buat sekadar di mulut ja pun sebelum ni, dengan Nawal. Ingatkan Sheeda ikut sekali, tapi dia balik rumah pak cik dia. Pastu ingatkan dorang Ika mau ikutlahkan, tapi cuti deepavali ma... jadi dorang pun menolak dengan alasan, ramai orang. Yups, that gonna be the waste for this extremely short trip! Huh~~ Nasib Kak Noi ikut, kalau tidak, entah mana ja lah saya dengan Nawal sampai.

Sepatutnya Kak Erna hantar kami pergi jeti jam 6.30 pagi, kalau mengikut perancangan dari Kak Noi, bertolak naik ferry pukul 7 pagi! Terkebil-kebil jugalah mata bila dengar macam tu, tapi dalam hati selalunya boleh. Sekali, kita hanya merancang, ALLAH juga yang tentukan. Jam 7.15 pagi baru beratur beli tiket untuk naik ferry LADA TIGA jam 8.15. Tum, tam, tum, tam.... Jam 10 baru sampai Langkawi. Dari jeti Kuala Perlis ke Langkawi cuma ambil masa sejam. Belum sempat habis satu movie! Sila abaikan delay yang sangat lama di jeti Kuala Perlis.
Tiket ferry (one way : Kuala Perlis - Kuah) - RM18

Hm... saya sendiri tidak pasti sama ada ini advise atau another mumbling, tapi kereta sewa sangat mudah didapati disekitar jeti Pekan Kuah tu, even masa ni adalah schools holiday, tapi masih banyak pilihan kata abang yang tengah promote kereta sewa dia. ~ erk, takpe Kak Noi dah bayar deposit pun  untuk kereta Iswara yang kehabisan minyak itu.~ bila book kereta sewa lebih awal, tanyalah sama ada kereta yang bakal kita guna tu elok atau tidak. manual atau auto. You are costumer! Hold a pride on it. Ini kali pertama, jadi... agak 'kahsihan' jugalah. Jangan lupa peta! Sudahlah berjalan tanpa tour guide, peta sangat penting. Biarpun Langkawi ada signboard yang agak cemerlang, tapi still, peta diperlukan untuk tau arah, sebab mana ada signboard tu bagitau untuk naik Cable Car, kena lalu Padang Matsirat. Selepas lalu Padang Matsirat, baru ada signboard pasal Langkawi Cable Car. 
Sewa kereta (Iswara : Half day) - RM50

Langkawi Cable Car. MUST DO! Bila sampai Langkawi, Dari Pekan Kuah ambil masa dalam 45 minit juga. Astaga! Punya banyak traffik light! Diam. Bukan itu tujuan menulis. It's a public holiday! It a wrong time to come but we were here. CONGESTION OCCUR IN WAITING HALL. Sampai jam 11.50, tapi cuma dapat naik Gunung Mat Chin Chang (spelled on how i saw there. Langkawi Online write - Macincang)  tu pukul 3.30 ptg! Selepas berbaris hampir sejam, menghabiskan masa disekitar Oriental Village tu hampir 2 jam, merahlah juga telinga bila ada orang yang langsung tiada perasaan memotong barisan, queue please! orang lain pun menunggu lagi lama dari kamu! Contoh yang sangat tidak baik untuk semua orang yang ada di sini. Bila sampai peak, terlupa segala-galanya pasal orang potong queue tadi. Subahan'Allah. Lepas tu, terus berkira-kria, bila entah dapat beli DSLR... 

Duty free : Tapi tahan dulu...
3 : "And which of ALLAH's favor can you deny?" Ar-Rahman
 Tiket cable car (Malaysian : Adult) - RM15.00

Makam Mahsuri - So, selepas masa sangat banyak dihabiskan di Langkawi Cable Car, kami cuma sempat singgah di sini. Lagipun, tujuan utama memang untuk naik cable car kan, tidaklah juga menyesal, dapat bagi makan arnab, tengok orang bergambar dengan ular, nampak kancil, rusa... Ok. Ini bukan lawatan buat kajian sejarah. Tapi, sambil-sambil kita membaca al-Fatihah, boleh juga tau rumah Pandak Mayah tu macam mana, keturunan-keturunan dia macam mana. Orang yang melupakan sejarah akan mengulanginya bukan? Sila ambil perhatian, kawasan ini sangat best untuk shopping baju long-sleeves. Sila beri kemaafan diatas ketidakbolehan menolak diri ini daripada membeli baju-baju itu... Kalau bukan sebab masa semakin singkat, habis kedai tu semua kami borong... Tipu~~ 
 Tiket (Adult) - RM5.00

The only picture taken from Mahsuri Tomb. (Langsung xda kena mengenakah?)
Hj Ismail Group building - Ambil kau... apa lagi yang akan diborong dari Langkawi bagi pelajar macam saya kalau bukan cokelat... Haih~ Sangat rambang mata. Nasib boleh fikir yang masih kena beli LCD selepas ni. Nawal adalah beli barang untuk mak dia... Lagi seminggu cuti mid sem, dia balik Selangor~ Saya? Ada siapa-siapa mau support tiket balik Sabah? =)

Masa untuk balik. Tepat jam 6.45ptg sampai jeti Kuah untuk balik Kuala Perlis. Lepas tu, jumpa budak schools yang lain, ngeh~jalan diam-diam. Thanks to Kak Noi and Nawal kerana dengan cekapnya memandu kereta sambil membaca peta dan signboard. Saya memang penumpang paling senyap dimana-mana pun. Lain kali, bag pack p Terengganu pula. Insya Allah. *can't wait hang out with ex-SEMEKARian from UUM!* wrap-up perjalanan, singgah makan spaghetti di Maicafe, Kangar. Sedap! 

Tiket ferry (one way : Kuah - Kuala Perlis) - RM18

Destinasi terjah ni, akhirnya telah berjaya mengosongkan dompet saya... Habislah lepas ni, makan nasi bujang ja lah hari-hari.

p.s :: 
1. if you want to go somewhere without any plan, ask other only once. if they say "er...let me give it a thought first" just assume they turn down your invitation. or you'll end up upset.
2. respect other please.
3. don't waste your time. time is precious. always do.
4. never forget to pray. Jangan jadikan sesuatu yang halal itu haram.

Kaktus

Assalammualaikum...

Cantik tapi penuh duri. Sangat cantik bila diberi penjagaan yang betul sebab dia akan berbunga, tapi bukan semua orang akan dapat melihatnya berbunga.

Bila kaktus itu mempunyai akar yang sudah buruk, sedangkan batang dan bunganya belum kering, adakah kaktus itu boleh diselamatkan? Kalau tidak dicantas dan tanpa rawatan yang betul, nanti kaktus itu akan rosak. Dan kau tidak punya cara untuk menyelamatkannya.
 
Siapa sangka bukan, kaktus yang penuh duri itu rupa-rupanya masih berdepan dengan pelbagai masalah, dia berdepan dengan kutu, hama juga tikus! Dan sebenarnya tanpa duri itu, kaktus mana mungkin dapat hidup dalam masa yang lama tanpa air.   

Seperti itukah kehidupan? Perfectionist. Tapi tidak ada makhluk yang diciptakan oleh ALLAH dibumi ini sempurna. Sepanjang perjalanan kehidupan kita ini adalah pembelajaran, dan kita perlu melakukan kesilapan. Tidak ada manisnya hidup tanpa segala ujian dan musibah, bukan? Dan sebagai manusia, kita tentunya akan melakukan kesilapan, kesilapan-kesilapan yang menunjukkan betapa kerdilnya kita.  

            Aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar,  // mungkin kita mahu berjaya
            diberi Nya kaktus berduri,                                   // tapi kita gagal
            Aku minta kupu-kupu ceria, 
            diberi-Nya ulat yang hodoh,
            Aku kecawa dan sabar, tetapi bersabar,              // kita perlu terus bangun, jangan jatuh terus
            Tidak lama kemudian, 
            Rupanya, kaktus itu berbunga indah,                    
            dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik.         // dilengahkan masa itu, supaya kita jadi lebih baik
            Itu salah satu cara Tuhan mengasihi kita.

p.s :: yang membezakan antara manusia dan haiwan itu cuma akal. dan bila akal tidak lagi dipagari oleh hati maka tidak hairan sangat ramai yang mendabik ke langit.

BOTM Oktober : Nama Pura

Assalammualaikum...

=D Gara-gara ke'comel'an dengan contest WSB kali ni... saya rasa saya pun mau joint... Ke~Ke~Ke~ bukan perasan comel, tapi adidi... ah, bila lagi kan... 

Dari kecil sampai ke remaja ni *tidak mau mngaku tua bah, astaghfirullahalazim, sedarlah umur semakin meningkat* adalah juga percubaan demi percubaan untuk ditukar nama, tapi yang melekat tatap Idah. Masih ingat sampai darjah satu di SK Bundu Tuhan, saya tidak pernah tahu nama sebenar, darjah 2 di SK Lohan baru tau, itu pun sampai belajar di UniMAP ni baru tahu eja nama sebenar yang sebenar-benarnya mengikut Borang W dan IC. Jadi waktu sekolah dulu, time exam sama ada kertas soalan sudah ada nama penuh saya atau saya tulis Aida Aziz. sikit lagi Aida Aris...
i'm the kid in red with my father and sister.

Healing Incantation

Lucu... sangat lucu.... sehingga terlupa yang sebenarnya diri ini sedang mentertawakan diri sendiri...

I don't know the details... but it always create a good image, a good feeling. i smile for the whole day just to remember the word 'curi dewan makan...' and that moment i smile by myself... macam orang tidak berapa betul. err...is it only me who always remember such moment and then smile afterwards? ehmm...like i care, at least, i didn't do such think in front of others. errr... kalau buat soalan infinity-infinity ni, saya senyum juga kalau dapat selesaikan soalan tu... ini pun consider bermasalahkah? senyum itu satu sedekah ok...kalau muka 24 hours serious, nanti cepat tua... dan sangat ramai orang cakap saya ni nampak tua daripada umur... ehmm... biarlah...

masa jadi budak asrama dulu, saya tidak ada extra-ordinary story to be told. i am an average girl that walk on my path, i follow the rules even try to break every single of it. where i don't like being punished. but some my friend are extra-ordinary with unbelievable thought. they share how they feel now, it something really funny, but it hilarious why they even do it. 

Untitled

dan biarkan air mata itu terus menitis jika hati kamu lembut.

Let them laugh a little: much will they weep: a recompense for the (evil) that they do.
At- Taubah (9:82)

Reading Challenge #(unkown) : Syabab Musafir Kasih

Assalammualaikum...

Terbaik... baru pinjam novel ni dari Nawal. Dan habis baca buku ni selepas 2 jam baca, tanpa sebarang gangguan. Mestilah, jam 11malam. Siapa lagi yang mau kacau, sudahlah weekend. Kalau tidak, mesti haru juga terfikir besok ada kelas. Lagipun novel ni ada dalam 361 muka surat ja pun... Ok, done talking such thing...
 \
Fakta! Itu yang diperlukan agar novel yang berada dipasaran kita sekarang tidak terus dilabel sebagai bahan bacaan picisan. Dan fakta yang tertulis bukan sembarangan, perlu ada ilmu dan kajian di atas fakta tersebut.  Syabab Musafir Kasih  by Fatimah Syarha Mohd Noordin. 

Aircond : Perlukah?

Assalammualaikum..
Melaporkan terus dari MKR2, sambil mata melihat-lihat ke arah lecturer...
Janganlah tertangkap...
Like said..perlukah aircond dalam lab ni pasang 24 hours??
I'm freezing people!!!!
Later. Out.

Britney Spears : Criminal

[Verse 1]
He is a hustler
He’s no good at all
He is a loser, he’s a bum, bum, bum, bum
He lies, he bluffs
He’s unreliable.
He is a sucker with a gun, gun, gun, gun
I know you told me
I should stay away.
I know you said
He’s just a dog astray.
He is a rebel with a tainted heart
And even I know this ain't smart

Masa : cannot rewind

Assalammualaikum...

Pernah tidak kau main game Resident Evil or that annoying Angry Bird or may just 'bubble trouble'? Apa yang sama dalam setiap permainan video yang selalu dijadikan bahan menghilangkan bosan katanya mereka... Well, you can always repeat the game from the moment you want it to start. You may found some place to save the game, named the save point. While you just need to replay the whole game if you lost life, while your life is not.

"Jangan putus asa, kalau kamu gagal sekarang tidak bermakna kamu akan gagal dalam kehidupan. Ada sangat banyak perkara yang kamu boleh lakukan untuk bangun semula." A friend advises. Agree, but it will cost you more. What is cost? Money? One of it. Time, that what matter the most. Time is not something you can control. I meant the real time, the reality. Not the digital clock which you may control the second, not even the time to spin your clothes in the machine. It simply your life.

*as seen on [Ipa] note books*
a 20 years old rascal.
20 years x 356 days = 7,120 days
7120 days x 24 hours = 170, 880 hours
170 880 hours x 60 minutes = 10, 252, 800 minutes
 but from the 10, 252, 800 minutes how much i spent to study? to became a good daughter? to become a faithful fellow? 

Tinggi untuk dicapai

Assalammualaikum!!

Sangat-sangat setuju. Bila hati sedang tersenyum, senyuman pun sudah hampir ke telinga... Sangat sedikit kata-kata yang berlalu di otak. Tapi biarlah kita saling mengingati.

Ingat perkara-perkara yang mendatang dalam setiap perkara yang sedang kita lalui. Mungkin ketika ini kita masih boleh bergelak ketawa sedang ada sangat ramai saudara kita sedang bertarung nyawa. Sangat banyak air mata yang mengalir kesedihan dan sangat ramai yang memerlukan bantuan tentunya. Kita terasa tidak ada kerja yang perlu dilakukan sedangkan sangat banyak assignment yang menunggu dikemudian hari. 

Kadang-kadang ada terdetik dihati, teruknya kerana membiarkan orang lain terus menerus hanyut dalam dunia yang mereka reka sendiri. Berkali-kali ditegur tapi masih tetap tidak berubah, akhirnya kita sendiri jemu.Takkan tak faham lagi. Bukan tidak mahu membantu, tapi dunia kita digerakkan oleh kita, kalau kita tidak mahu berusaha, maka kita akan sentiasa berada dalam keadaan yang sama. Macam mana sekalipun kita mahu nasib kita berubah, tapi tanpa usaha kita sendiri, maka kita akan tetap menghadap coding dan formula yang sama tanpa faham apa-apa pun.

p.s : words that to realize he wasn’t around anymore. Peace! It’s fake.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...