Harga Globalisasi

Assalammualaikum. Serius... =)

Dunia tanpa sempadan. Cukup. Itu pandangan saya untuk perkataan globalisasi. Benua bersempadan, kampung bersempadan tapi bukan maklumat. Kecanggihan teknologi membolehkan maklumat disebarkan dengan sangat cepat, kebarangkalian penangguhan masa penyebaran maklumat tersebut ialah nano per second, siaran langsung contohnya. Kalaulah bukan kerana siaran langsung yang ditayangkan oleh TV Al-Jazeerah ketika kapal talian hayat ke Gaza, Mavi Marmara pada tahun lepas, mestilah lebih banyak cerita yang direka oleh pihak itu atau cerita yang disembunyikan oleh pihak ini. Siapa? Entah. 

Mahal sangatkah? Mahalnya bukan di ukur dengan wang ringgit, tapi agama dan budaya. Kita perjudikan pula belia kita. Bukan mereka sahaja yang berhadapan dengan masalah globalisasi ini, namun kita sendiri berhadapan dengan 'kekeliruan'. Kerja keras yang kita lakukan untuk mengejar 'ketamadunan' yang akhirnya dibayar dengan nilai budaya dan agama. Kita meletakkan kemajuan teknologi itu lebih tinggi daripada ketinggian nilai budi dan agama. Maka, hilanglah semua norma masyarakat yang diwariskan sejak dahulu. 

Tiba-tiba terlintas dikepala, adakah sikap membelot saudara sendiri turut diturunkan? Ya. Sikapkah? Sejarahnya sejak zaman Nabi Adam, bila Habil membunuh Qabil. Atau yang lebih dekat, apabila berlakunya peristiwa pantai berdarah Melaka 1511. Jauh? Apabila si anak membunuh ibunya, atau si ibu dan si bapa meninggalkan anaknya di parking kereta. Lembutlah sikit daripada tanam terus. Kesan globalisasi jugakah? Fikirlah sikit, baru neuron-neuron dalam otak bersambung.

Pemikiran glokal yang mahu di ketengahkan untuk menyanggah arus globalisasi bukan mudah. Cabaran ada di setiap penjuru. Menolak globalisasi pula adalah satu perkara yang mustahil, kerana kebergantungan ekonomi dan teknologi. Mana mungkin kita akan menolak 99 kebaikan kerana 97 keburukan. Tapi mampukah kita mempertahanakan benteng sosia budaya kita? Tak faham. Jati diri. Dengan data dan maklumat yang datang dari setiap pelosok dunia, hati-hati yang kosong mudah di isi dengan pelbagai perkara samada baik dan buruk.

Wah, kuat bunyinya. Namun, akhirnya kata-kata ku hanya menjadi retorik di pentas sarkastik dengan lakonan hangat-hangat tahi ayam..heh...tanpa ada penyelesaian. Mahu mencari penyelesaian kepada umat Islam yang Islamophobia? Kena bermula dari diri sendiri, kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Rasullulah, bezakan budaya dan agama. Peringatan kepada diri.

Wallahu a’lam.

*this have been discuss in lecture. i just give some serious thought about it, pretty late than other.my bad*

Nota kaki :
Apabila tersepit, baru tersentap.
Entry yang sangat banyak kekurangan. Kalau salah tolong betulkan...
Rindunya saya buat karangan.

2 comments:

  1. back to school huh?
    hehe..
    okey,da bole send kt cikgu bhse melayu.. ;)
    jk

    ReplyDelete
  2. hahaha...nnt ak hantar...
    ni D pnya karangan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...