11.11.11... Smartkan, tapi please, nombor hanya sekadar nombor. Sebelum ni pernah juga 09.09.09 atau 10.10.10... Dan sudah banyak disebarkan jangan terlalu berbangga dengan tarikh kelmarin, yang akhirnya berlalu juga. Kelmarin kalau di ikutkan sudah mahu kembali ke Kg Wai. Tapi disebabkan barang yang over-load terus malas mau angkat p pondok bas dan memang tidak mahu menyebabkan ada kawan yang terpaksa membatalkan program semata-mata mau kasi kawan saya duduk di black-area itu. Bukan bah, tapi tiada orang lain di block saya. *still di Taman Semarak*
Cukup-cukup, sebelum ke laut, mari kita berjalan di tepi pantai. Bukan pasal tarikh, tapi pasal gerakan bibir yang menghampiri telinga apabila satu lengkungan terhasil, senyum. Bila baca post ini, sila senyum sebab hanya dengan satu senyuman kita akan rasa gembira. Percaya atau tidak, biar macam mana gundah pun hati kita pada masa tu, kalau kita senyum macam batu dibahu sudah beralih sedikit. 'don't worry, be happy' itu orang putih cakap.
“Terikatnya hati-hati dgn ruh-ruh ini dgn ikatan aqidah, kerana aqidah itu adalah ikatan paling kuat dan mahal. Ukhuwah itu saudara iman, perpecahan itu saudara kekufuran. Kekuatan yg pertama adalah kekuatan kesatuan dan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Serendah-rendah ukhuwah itu adalah berlapang dada, dan setinggi-tingginya adalah ‘ithar’ (melebihkan kepentingan saudara lain)" Imam as-Syahid Hassan al-Banna
Tapi, hati ni perlu dididik untuk sentiasa berlapang dada dengan orang lain. Bukan hati ja, tapi segala jasad juga. Dan kita tahu, bukan mudah. Susah mengawal marah, susah untuk tidak mendengki, susah untuk kita merendahkan ego kita, apatah lagi untuk kita berlapang dada. Apa maksud berlapang dada dengan saudara kita? Menerima kekurangan dan kelebihan orang lain. Senang atau susah? Mungkin sesetengah orang senang, tapi ada orang yang merasa susah.
Kalau berlapang dada itu pun tidak ada, jadi dimana nilai persahabatan kita. Bukankah kita berharap uhkhwah yang terjalin ini adalah kerana ALLAH? Baru faham tindakan sesetengah orang yang bertindak mendahulukan orang lain sebelum dirinya sendiri.
ps : anda, ada orang yang menulis pada ketika dia marah. dan senyum pada masa yang sama. mungkin menulis itu cara dia meluahkan rasa bila sakit itu sudah tidak tertahan. kemudian, senyum akan membantu dia menyembuhkan rasa sakit itu. senyumlah, kerana itu ubat apabila wudu' akan membenarkan air mata mengalir tanpa henti pada ketika terasa sakitnya hati.
No comments:
Post a Comment