Cuti #10 : Cerita Raya Haji

Assalammualaikum wbt... 

Selepas update belog dari Bukit Raya, Pendang. Sekarang masa untuk menulis short journal. Untuk bacaan orang yang sudi mau baca. Ke~ke~ (tirip sandara park bah..aih)

Hari sabtu. Seriously menyesal datang lambat. Tapi ah, pemandu pun bangun lambatkan *put the lemon to others*. Apa pun, terima kasih dengan Gibong dan Mazi yang sudi jadi driver dan ambil Efei dan saya di Kuala Perlis. At least, Bugiey sudah melawat rumah saya dan Efei. Izzat tidak joint, kenapa? Entah. Kuri pun, sebab tidak muat kereta. Sorry. Mau sewa 2 kereta, siapa yang bawa satu lagi? Peace. ^^,

Hari ketibaan... Pergh!! sambal belacan Raihan sedap! Semangkuk tu licin. Pedulikan jelingan Gibong yang mau tapau sambal bawa balik pergi UUM.

Selamat Hari Raya Korban. Selepas sembahyang raya, terus melawat kubur mak Ustaz Sahibullah. Al-Fatihah.
Selepas singgah di 3 rumah keluarga ustaz.  Tu ada gambar Efei dengan anak angkat dia. Sesuka hati. Alamak, nanti saya letak gambar orang di tingkap tu besar-besar. Comel-comel. Gambar Bugiey pun smart.

Raya first : - Bukit Raya, Yan, Kubur Panjang, Tobiar, Tokai. (minta maaf orang Kedah, saya pun tidak pasti sebenarnya, itu adalah menurut message dari Khusnu)

Petang. Beraya di rumah Mak Ngah Khusnu. Malam?! Untuk kali pertama, beraya sampai pukul 1 pagi. Jam 11 malam masih mengetuk rumah saudara cousin Khusnu. Kamu pernah buat? Tidakkan... Ah~~ Letih... Esok pagi jangan tanya kami bangun pukul berapa. Mengantuk macam mana pun, layan juga ketupat lemak diorang. Pergh... Nda lagi saya pernah jumpa ketupat macam ni.

2nd day. Beraya di rumah Ketua Polis Ranau. Hah~~ See. Sangat ramai orang Sabah terkahwin orang Kedah ni. Saya? Hahaha... end of converesation. saja buat skandal sendiri. Diam. Lepas tu, terlampau excited menunggu diluar rumah sedangkan belum lagi mau jalan. 

Raya kedua :- (Err, ada juga raya kedua?) Bukit Raya, Tunjang, Kuala Kedah. extra untuk Khusnu, Raihan, Ehsan dan saya. Kami ada pergi satu rumah tu. Pergh besaq kot. Hang tau, kami jumpa lagi orang yang kahwin dengan orang Sabah sini, tapi orang Likas lah. *selalu bingung dengan apa yang dorang cakap. punya susah mau digest. senyum jak lah.*

Random. Mix. Ada gambar kami pergi beraya dengan Mak Cik, Tok Aki, Mak Ngah... Suka hati bagi nama. Ya... Saya tidak kenal. Tapi, pusing kampung tu pergi beraya. Demam dan hujan dan masih bermain hujan. Pedulikan. Bukan selalu beraya jalan kaki ni. Oh, tidak pernah lagi. First time.

Sangat suka gambar ni. Rumah ke 2. Rumah ni lah yang ada budak suka dengan si Efei. Duduk ja kami, terus dia p duduk tempat si Efei. Bugiey, Efei dan Raihan... anda perasan apa yang saya perasan? Ya, rahsia kita... Shhhh...

Rumah ke-3. Speed ni ambil gambar. Thanks adik Khusnu. Satu-satunya gambar kami semua ada. Saya selalunya jadi juru kamera ja. Due to permintaankan, second update adalah gambar yang mengada-ngada  dengan peti merah dan gambar makanan. Adakah gambar mengada-ngada? Makanan banyaklah. Ok. Lepas ni boleh buat ketupat sendiri, ikut resepi orang sini. Pergh... 3 piring tia cukup o. 

Speechless... Terima kasih kepada keluarga Ustaz Sahibullah, Raihan dan Ehsan dan Bugiey dan Efei. (Fail bahasa Melayu bah) Memang. sebab sangat excited. sampai langsung tiada perkataan yang dapat menggambarkan keseronokkan itu. Macam raya puasa pula. Bezanya kali ni, di tempat orang.

ps :: jangan ingat beraya ja. sebenarnya saya pening sudah tengok ni post. ah.. along. sa jeles dengan ko pasal edit-edit gambar ni. 

6 comments:

  1. i miss you all like much-much-much!!

    seeing you all happy, make me smile even kamu beraya di perantauan. syukur juga ada kita punya siblings di sana :)

    ReplyDelete
  2. @ANA along..mucho~mucho~..hehe... eya...lain kali mau rajin2 [g melawat rumah org.

    ReplyDelete
  3. siok btol!!! hahahahah.. paling siok bhgn "mata" hahahahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...