Menangislah dibahuku : Firdaus

Kau datang padaku seperti biasa
Ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
Kau balas dengan senyum seadanya
Ku tahu ada sesuatu yang berbeza

Kau hanya diam seribu bahasa
Hanya matamu yang cuba berbicara 
Bahawa saat ini hatimu terluka
Kau tahu ku ada di sini untukmu

Mencuba tak berkedip menahan tegar di hujung mata
Hingga kau pun tak kuasa berderailah airmata
Dalam pelukku kau curahkan semua

Logik

Assalammualaikum. =) *updated*

Saya nak beli baju RM97 tp sy xde duit. So sy pn pinjam la RM50 kat kakak, RM50 kat adik. Skrg saya ada RM100 dlm tgn. Lps beli baju, cashier plgkan RM3. Sy pun plgkan RM1 kat kakak. RM1 ktt adik. Lg RM1 sy pegang. Skrg ni sy hutang kakak RM49, hutang adik RM49. Tp bila sy campur dua2 hutang kakak n adik, RM49+RM49= RM98. Campur duit dlm tgn sy RM1=RM99. Mana lagi RM1 duit sy?  
facebook -  [Reshare]

Situasi tu >>>>>> 50+50 = 100, 100-97 = 3  
tapi kenapa >>>>> 50-1=49, 49+49=98, 98+1=99.
Kenapa tidak jadi 100 balik padahal, duit asal ialah RM100? Baca sekali, itu menbingungkan. Serius - benda ni bukan benda yang boleh dibuat macam tu. 

Tenanglah hati

Sunyi sepi. Semua terdiam. Tiada langsung bunyi yang datang kecuali bunyi angin yang kuat menderu dari luar rumah dan sekali sekala terdengar bunyi pintu berlanggar dengan angin yang tidak pernah berhenti menolak daun pintu berwarna hijau itu. 

Maaf saya salah. Buat yang kesekian kalinya, i regret my silent. Kenapalah sombong sangat? Tapi sakit itu menekan-nekan jauh ke sudut hati. Information doesn't only sent via verbal communication. Sensitif sangatkah hati seorang yang bergelar perempuan itu? Bila hanya dengan sedikit ignorance membuatkan dia terasa sendiri? Teruk sehingga begitu sekali? Entah bukan saya untuk menjawab soalan itu.

Ada tidak yang sudi meminjamkan bahu apabila  dan ketenangan itu diperlukan semula pada ketika empangan dimata sudah pecah sehingga tidak mampu ditahan.  

mengingatkan bukan satu pilihan

I’m so sick of people who try to shove their beliefs down everyone's throats. Don't do this, you'll go to hell. Believe this, believe that. Abomination this, abomination that. This is sin, that is sin. Let people decide what they want to do with their own life. Be it their religion, love life, job, sexual orientation, or how they dress. Give them a chance to hold the brush and paint their canvas of life. Give them a chance to actually live and leave the rest to the one who created atoms.
What your opinion? Agree? I am disagree but not totally disagree. But let take it seriously. At first reading I was like, excuse me. And go through the comment it was like, 'yes that what Edward de'Bono said, but....' So here come my doubt.

Saya seorang Islam, yang lahir sebagai anak kedua ibubapa saya yang juga beragama Islam, tapi itu bukan tiket untuk mengatakan anak yang lahir daripada keluarga yang beragama Islam itu akan selama-lamanya Islam. Nau'zubbilah. Fitrahnya, seorang bayi yang lahir ke dunia adalah kain putih yang sangat bersih, kemudian bayi itu membesar dan dididik mengikut acuan yang diberikan oleh penjaganya, dan Nabi Muhammad s.a.w berpesan 'ibu bapalah yang akan menjadikan anak-anaknya dalam kalangan Yahudi, Nasrani mahupun sebagai seorang Muslim.'

Dan apabila seorang itu sudah membesar, dia yang bertanggungjawab keatas semua perkara yang dia lakukan. At that moment, the responsibility isn't that simple and the learning process still going through. Bukan semua perkara kita kena lalui sendiri, bukan semua pengetahuan itu kita boleh cedok daripada buku, perlunya ada guru yang akan mengajar banyak perkara yang kita masih tidak tahu dan menerangkan apa yang kita tidak pasti. jangan membenci orang yang selalu mengingatkan kepada kita tentang syurga dan neraka.


if everything is leave to the person, then we didn't need laws and rules. Akal sahaja tidak akan menjadikan kita sebagai seorang yang baik.

Cuti #11 : kelmarin. Senyuman

Assalammualaikum...

11.11.11... Smartkan, tapi please, nombor hanya sekadar nombor. Sebelum ni pernah juga 09.09.09 atau 10.10.10... Dan sudah banyak disebarkan jangan terlalu berbangga dengan tarikh kelmarin, yang akhirnya berlalu juga. Kelmarin kalau di ikutkan sudah mahu kembali ke Kg Wai. Tapi disebabkan barang yang over-load terus malas mau angkat p pondok bas dan memang tidak mahu menyebabkan ada kawan yang terpaksa membatalkan program semata-mata mau kasi kawan saya duduk di black-area itu. Bukan bah, tapi tiada orang lain di block saya. *still di Taman Semarak*

Cukup-cukup, sebelum ke laut, mari kita berjalan di tepi pantai. Bukan pasal tarikh, tapi pasal gerakan bibir yang menghampiri telinga apabila satu lengkungan terhasil, senyum. Bila baca post ini, sila senyum sebab hanya dengan satu senyuman kita akan rasa gembira. Percaya atau tidak, biar macam mana gundah pun hati kita pada masa tu, kalau kita senyum macam batu dibahu sudah beralih sedikit. 'don't worry, be happy' itu orang putih cakap. 
“Terikatnya hati-hati dgn ruh-ruh ini dgn ikatan aqidah, kerana aqidah itu adalah ikatan paling kuat dan mahal. Ukhuwah itu saudara iman, perpecahan itu saudara kekufuran. Kekuatan yg pertama adalah kekuatan kesatuan dan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Serendah-rendah ukhuwah itu adalah berlapang dada, dan setinggi-tingginya adalah ‘ithar’ (melebihkan kepentingan saudara lain)" Imam as-Syahid Hassan al-Banna
Tapi, hati ni perlu dididik untuk sentiasa berlapang dada dengan orang lain. Bukan hati ja, tapi segala jasad juga. Dan kita tahu, bukan mudah. Susah mengawal marah, susah untuk tidak mendengki, susah untuk kita merendahkan ego kita, apatah lagi untuk kita berlapang dada. Apa maksud berlapang dada dengan saudara kita? Menerima kekurangan dan kelebihan orang lain. Senang atau susah? Mungkin sesetengah orang senang, tapi ada orang yang merasa susah.

Kalau berlapang dada itu pun tidak ada, jadi dimana nilai persahabatan kita. Bukankah kita berharap uhkhwah yang terjalin ini adalah kerana ALLAH? Baru faham tindakan sesetengah orang yang bertindak mendahulukan orang lain sebelum dirinya sendiri.

ps : anda, ada orang yang menulis pada ketika dia marah. dan senyum pada masa yang sama. mungkin menulis itu cara dia meluahkan rasa bila sakit itu sudah tidak tertahan. kemudian, senyum akan membantu dia menyembuhkan rasa sakit itu. senyumlah, kerana itu ubat apabila wudu' akan membenarkan air mata mengalir tanpa henti pada ketika terasa sakitnya hati.

Cuti #10 : Cerita Raya Haji

Assalammualaikum wbt... 

Selepas update belog dari Bukit Raya, Pendang. Sekarang masa untuk menulis short journal. Untuk bacaan orang yang sudi mau baca. Ke~ke~ (tirip sandara park bah..aih)

Hari sabtu. Seriously menyesal datang lambat. Tapi ah, pemandu pun bangun lambatkan *put the lemon to others*. Apa pun, terima kasih dengan Gibong dan Mazi yang sudi jadi driver dan ambil Efei dan saya di Kuala Perlis. At least, Bugiey sudah melawat rumah saya dan Efei. Izzat tidak joint, kenapa? Entah. Kuri pun, sebab tidak muat kereta. Sorry. Mau sewa 2 kereta, siapa yang bawa satu lagi? Peace. ^^,

Hari ketibaan... Pergh!! sambal belacan Raihan sedap! Semangkuk tu licin. Pedulikan jelingan Gibong yang mau tapau sambal bawa balik pergi UUM.

Selamat Hari Raya Korban. Selepas sembahyang raya, terus melawat kubur mak Ustaz Sahibullah. Al-Fatihah.
Selepas singgah di 3 rumah keluarga ustaz.  Tu ada gambar Efei dengan anak angkat dia. Sesuka hati. Alamak, nanti saya letak gambar orang di tingkap tu besar-besar. Comel-comel. Gambar Bugiey pun smart.

Designed Room

Assalammualaikum.

Small room, but there is wide area for improvement. Kita selalu lupa, ingat tidak perkara yang menimbulkan fitnah ini, "alah, dia nama ja pakai tudung, tapi on/off." atau "tudung labuh, tapi perangai macam vavi."(just some random rant, and i did hear that, always) atau "aku yang tidak pakai tudung ni lagi bagus kot dari dorang. mengata orang teruk sangat" dan etc. which became worst to the end. selalu kita akan jadi marah bukan, marah kepada kedua-dua pihak. jangan terlupa video panas yang leak masuk dalam internet. 

saya juga bukan budak yang baik, tapi selalu ada yang mengingatkan sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri. pakaian itu menzahirkan diri kita. dan silapnya, kita ingat semua orang yang pakai tudung itu budak baik. kita sangka orang yang bertudung itu baik. dan kita ingat pelajar sekolah agama itu semuanya bakal menjadi buah yang sangat manis dan terjaga. tapi kita lupa, iman manusia  itu bertambah dan berkurang. 

define baik. how good is good?

jangan cakap, itu fitrah perempuan suka mengumpat. no! itu kebiasaan yang dianggap perkara biasa. sedangkan perkara itu sudah dilarang secara terang dalam Al-Quran. some said, biasalah tu perempuan. susahkah mengikis sikap itu? banyakkan berdiam daripada bercakap perkara yang tidak perlu. teringat seorang pelajar, tokoh pelajar menengah rendah SEMEKAR semasa jamuan hari guru/kemerdekaan, motto hidup, "bercakap hanya bila perlu." siapa masih ingat? saya.

p.s :: kenapa seorang itu perlu berubah untuk menjadi lebih baik? setiap detik itu bukan menjadikan hidup kita lebih lama, tetapi semakin memendekkan umur kita, setiap hari itu, mendekatkan kita kepada kematian kita. akhirnya semua perkara akan berbalik kepada diri kita sendiri. tolonglah, saling mengingatkan.

ALLAH itu Maha Penyayang lagi Maha Pemurah, DIA akan sentiasa mengingatkan kita agar kita tidak terus terleka, dan kita jangan biarkan sehingga DIA merajuk dan tidak mahu lagi mengetuk pintu hati kita untuk berubah. Anda, kita bukan siapa-siapa dalam kosmos ini, biar siapapun kita.


Rabu yang bisu #2


shhhh... there is nothing to say.

Cuti #9 : Hari Raya Haji

Quick...super fast post... (poyo...eya...diam)

Sedang mengupdate belog dari Bukit Raya, Pendang...
Di cyber cafe Husni Digital Ent. Terkejut kau...
Free beh.. Khusnu Nabila spent.. Jeles? Nasiblah...

Ok. Report raya selepas tiba di Kuala Perlis. Sekarang masih ada misi yang perlu dilaksanakan.
Anda?

Cuti #8 : =)

Assalammualaikum... mood : ❤ (。◕‿◕。) ❤ 

Excited?! Sangat... for the first time, selepas beberapa tahun (ceh, macam lama), akhirnya, dapat berjumpa dengan geng CLASS OF 0307 yang menuntut ilmu di utara sini. Amboi hangpa semua noh,excited lebih... balik la... kami nga ada small gath be di sini. kamu ingat kamu ja? tidakkan~~ deh. sama bugiey, efei, kuri, gibong, kunu, n raihan (setakat yang saya kenallah)... sama izzat lagi. deh2. jeleskan budak kiut sama kami. ok, tidak sebab kamu lagi ramai. tapi meriah jua kan... nanti kamu p kfc, kita skype... adei, buruk bah perangai.

❤ (。◕‿◕。) ❤ ya, saya faham, hanya kita yang faham. ok. ingat-ingatkan, kfc tu milik public ok. biarpun atuk kentucky tersenyum melihat anda. ah~~ sangat rindu kamu semua... semua i meant it. 

terima kasih atas kesudian ini.




























ini biar jadi permulaan, nanti bila ada masa, kita buat gath semasa di perantauan. (tirip oversea bah. beh, oversea lah sangat merentasi laut china selatan seja) diam. tujuan utama adalah untuk menuntut ilmu. sila sentiasa ingat niat itu. 

❤ (。◕‿◕。) ❤ i can't wait. so now, need to do some clean up. hati sedang gembira, hujan sedang turun. ambillah peluang, doa insya Allah makbul semasa hujan. mudah-mudahan dimudahkan perjalanan esok. mereka yang membawa kereta, hati-hati ok. sayang kamu. sangat sayang... muah~muah~

ps :: bila kita berkorban, ikhlaskan hati. tidak kira apa pun, masa atau wang ringgit. maka, akan lapanglah dada kita. tidak wujud ukhwah itu, kalau yang itu juga tidak wujud. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...