Assalammualaikum... =)
Pesanan penaja : Selamat Hari Raya. Halalkan yang sudah dimakan dan diminum. Maaf Zahir dan Batin. Doakan keselamatan semua.
Cuti 4 bulan sudah hampir ke penghujungnya. Sudah ada kawan-kawan yang akan kembali semula ke kolej esok atau lusa untuk menyambut pelajar baru... Ada juga yang masih mempunyai masa selama seminggu untuk menghabiskan masa dengan keluarga dan rakan-rakan. Tapi, ada juga yang cuma akan kembali di penghujung bulan September ini. Mukadimahnya...
Berada dalam satu kumpulan yang saling melengkapi. Ada yang akan menceriakan dan ada yang ketawa, ada yang bercakap dan ada yang mendengar, ada yang menyejukkan dan ada yang marah dan ada yang meredakan. Dan bila ada yang melakukan kesalahan, ada yang menegur, bila ada yang lupa, ada yang mengingatkan. 6 program dijalankan, masih berada dalam satu kumpulan, biarpun ada yang bertukar-tukar. Tapi tetap sama, batch yang sama CLASS OF 0307 SMK(A) MOHD ALI. Bukan senang mahu bersama-sama, tetapi kami mahu bersama-sama dengan orang lain menyahut cabaran Ranau No 1, disamping mahu mengisi kelapangan, memperbaiki soft skills dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Daripada program tu, ada perkara-perkara baru yang kami sama-sama pelajari dan mungkin hanya saya yang baru belajar. Terima kasih.
Kita tidak perlu berada di sebelah bahu seorang kawan 24/7, tapi kita mahu mereka tahu yang kita akan sentiasa berada disisi mereka walau jauh dipandangan mata, tapi dekat dihati. Itulah gunanya kawan. Seperti apa yang diungkapkan oleh kawan saya sendiri.
Kita mungkin seorang yang dipanggil sebagai seorang kawan, dan kita merupakan seorang yang memerlukan seorang kawan. Friends is vital for all human being. Kita hidup bermasyarakat, biarpun sekadar dalam satu komuniti yang kecil. Memang susah untuk memahami seorang kawan, mereka bukan formula algebra yang logiknya masih boleh difahami, tetapi sama seperti diri kita sendiri, yang mahu difahami.
Orang selalu cakap, kalau kita mahu dihormati, maka hormatlah orang lain. Betulkan? Kalau kita mahu dilayan dengan baik, maka berbaiklah dengan mereka. Masih teringat, kelas bahasa Inggeris pertama di matrix, Miss Addeline tanya, apa yang diperlukan dalam sesebuah perhubungan, ada sangat banyak jawapan but i recall one, honesty. Tiada siapa dalam dunia ini sempurna, biarpun ada diantara kita yang mencari kesempurnaan.
Dalam bersahabat, kadang-kadang kita selalu cakap, tipu sunat. Sebab mahu menjaga hati mereka. Yeah, agree... truth hurt! Dan kita memerlukan keikhlasan. Apabila kita ikhlas, ada satu ikatan yang kita harapkan akan berkekalan sehingga ke akhirat. Tiba-tiba teringat, "ataupun kawan dengan kami masa dekat kolej je, pastu balik Sabah. Lupa terus dekat kami..." Masa tu, saya rasa... Huh?! Kakak ni sentimentalnya. Tapi kita berkawan kini dan selamanya. Selagi mereka mahu memanggil kita sebagai kawan, kita adalah sahabat.
Indahnya kalau ditemukan dgn sahabat peneman suka dan pengubat duka sehingga ke akhir hayat.... Hanya padaMu Ya Allah, segala urusan dikembalikan... Sahabat sejati yg terbaik datangnya dari anugerah Yang Maha Esa...

“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(al-anfal:63)
Terima kasih kepada semua yang bergelar kawan. Ukhuwah fillah Abadan abada...
"Kami semua datang daripada zon yang berlainan, tapi kenapa kami masih boleh bersama-sama datang ke sini dengan satu tujuan?"
"Apa yang penting ialah kita semua satu hati, jangan terbahagi. Atau kita sendiri akan merosakkan apa yang kita rancang bersama."
No comments:
Post a Comment