Ya Allah, permudahkanlah urusan kami di dunia ini

Assalammualaikum. 

Snooze. 10 minit selepas snooze lagi. Selepas beberapa kali menekan butang snooze. Ok, I know. Dismiss. Kemudian buat alarm lain untuk sejam kemudian, tapi mungkin tidak mampu, kurangkan kepada 30 minit. Sambung semula. 

Betul. Masih ada baki 8 minit untuk alarm berbunyi, tapi sudah tidak mampu untuk terus menerus memaksa otak kanan memahami semua ayat dan otak kiri untuk terus mencari logik. Tidak susah. Betul! Percayalah bukan susah pun. Ya ALLAH... Tarik nafas perlahan-lahan. Hari khamis kena hantar proposal, kena faham pattern. Kemudian baru akan proceed, itu pun kalau proposal lepas. Baru projek tahun akhir, bukan projek untuk komuniti. Sebelum ni, bising sebab tidak nampak signal, sekarang kena paksa faham semua spectrum. Tidak apa, belajar jugakan namanya. 
"Ya Allah ya Tuhan Kami, kurniakan kami rahmat disisiMu, dan berikan petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk, Mudahkanlah urusan kami Ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah yang Maha mengasihani daripada segala yang mengasihani "
Mari sambung semula. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...