test dan cuti

Assalammualaikum.

akhirnya fasa pemalas tanpa rasa bersalah selepas extra rajin sampai mahu muntah sudah tamat. bukan hiperbola dari mana-mana sekadar rasa yang baru hilang selepas kepala terhantuk dengan agak kuat di dinding semalam. tapi teruk, kelas opto skip juga. ah! angan-angan sungguh sem ni jadi budak rajin. tapi untuk kelas comp arch sudah hbis 3 jam untuk ponteng. ponteng lagi terimalah surat cinta pertama dari school. masalah...masalah...

ini dia contoh LAPANG SEBELUM SEMPIT

berhenti sebentar daripada menulis tentang final year project (fyp) sebab minggu depan cuti! yeah, saya balik rumah, insya Allah. let's pray, i'll be home safely. apa dia rasa yang timbul bila test adalah pada malam sebelum mahu balik? ah, indestructible spirit boleh hancur lebur. tapi semangat tahap merah tak ingat berkobar-kobar supaya belajar dan digest chapter yang saya lepaskan macam tu saja! ko tia percaya sudah. see, sampai blog pun meleret panjang balik sa tulis.

tiada benda apa pun yang mau ditulis, tapi nah sudah minum nescafe kaw, yang salah bajet masa mau buat sebenarnya. sampai besoklah tidak tidur ni, niat mau melawat library insya-Allah, kalau terasa perlu, pukul 8.30pagi ambil bas p Putra Pauh lah ni.

nice remainder; ilmu ALLAH itu umpama laut yang luas
insya ALLAH, dari ilmu itu akan lahirlah kefahaman

ps : mungkin tidak ada hujung minggu untuk minggu ini.



School : Season Finale #1

Assalammualaikum. =)


mungkin sedikit tips yg blh digunakan mengatasi stress anda...

1- mulakan dgn mencari keyword iaitu kata kunci berkaitan projek anda. dari keyword tersebut dptkan definasi or konsepnya. dlm proses tersebut anda akan dpt jumpa lbh banyak konsep utk difahami dan idea tentang projek anda.

2- pecahkan projek anda kepada scope2 kecil. dari situ selesaikan y mudah terdahulu.

3-jika perlu belajar software or language programming anda hanya perlu belajar cara nak simulate or compile sj. sbg cth compile bg keluar hello world. [guna youtube lbh mudah utk bljr] x perlu nk buang masa bljr sampai expert baru nk mula fikirkan projek. yg penting anda perlu fikirkan algorithm. dari algorithm tu anda explore la bahagian programming yg anda perlu guna.

4- igt fyp 6 jam credit. bermakna 6x3= 18jam sekurang2nya anda spend dlm seminggu utk fyp anda. apa salah spend lbh kan, update facebook blh lama2kan..hehehe

5- positifkan diri anda utk belajar menjadi org yg independent sbb alam pekerjaan nnt sukar untuk anda nk harapkan org lain membantu anda. anda blh explore fb, phone baru ini bermakna anda org y hebat utk explore sesuatu y baru.. cayok

6- jgn mudah mengalah jumpa sv anda utk berbincang jgn sesekali anggap sv anda sbg bos yg hanya nk kan output. sv bkn bos y mengarah tetapi org yg membimbing anda.

maaf atau perbetulkan saya sekiranya tips sy ni tersalah. 

crdt to SCCE's lecturer, Mr Saiful Aziz. 

ps : sedang bingung untuk  buat Gantt chart ni

kad memori penuh, dari memori hari raya 2012


Assalammualaikum. =)

Baru memformat semula telefon. Oh dear, dia sudah menerima terlalu banyak kasih sayang. 2012 belum sampai ke penghujungnya, tapi belum sempat share sebelum ini.

Candid Hari Raya 2012 - Amin (cousin), nenek (ibu abah) dan adik, Ella =)
Masa ni yang pasti memang petang, sebelum Maghrib mungkin sedang makan bihun sup untuk kali yang keberapa entah. Tiba-tiba nampak budak kecil darjah empat tu bawa nenek tangkap gambar guna handphone orang yang pakai baju kurung warna purple. Lepas tu, nampak scene ni. Rasanya gambar nenek ada tempat dia satu orang ja. Gambar nombor 1 paling banyak hidden feeling! 

Adik saya - Azam dan Azmi... Hari Raya 2012
Patutnya tiga orang, yang adik lelaki satu lagi keluar dengan kawan. Padahal akan datang rumah ni juga, rumah Tan Sri Kasitah Gaddam di Tagudon Baru, Ranau, sebelah kedai Sabindo. Yang perempuan ada juga ambil gambar, tapi.... tapi... terlampau comel untuk show off. Hahaha... Sabar sajalah... Sila ambil perhatian, diorang bukan kembar. Satu form 3 dan satu lagi form 1.

dalam perjalanan ke T2, KKIA dari Ranau, jam 5ptg

Ah! Masa untuk kembali semula ke Kuala Lumpur. Masa cuti raya sudah habis. Hahaha... Cerita basi, tapi mahu share gambar yang baru jumpa dari dalam folder DCIM yang memenuhkan memori sehingga 5GB. 

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami di dunia ini

Assalammualaikum. 

Snooze. 10 minit selepas snooze lagi. Selepas beberapa kali menekan butang snooze. Ok, I know. Dismiss. Kemudian buat alarm lain untuk sejam kemudian, tapi mungkin tidak mampu, kurangkan kepada 30 minit. Sambung semula. 

Betul. Masih ada baki 8 minit untuk alarm berbunyi, tapi sudah tidak mampu untuk terus menerus memaksa otak kanan memahami semua ayat dan otak kiri untuk terus mencari logik. Tidak susah. Betul! Percayalah bukan susah pun. Ya ALLAH... Tarik nafas perlahan-lahan. Hari khamis kena hantar proposal, kena faham pattern. Kemudian baru akan proceed, itu pun kalau proposal lepas. Baru projek tahun akhir, bukan projek untuk komuniti. Sebelum ni, bising sebab tidak nampak signal, sekarang kena paksa faham semua spectrum. Tidak apa, belajar jugakan namanya. 
"Ya Allah ya Tuhan Kami, kurniakan kami rahmat disisiMu, dan berikan petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk, Mudahkanlah urusan kami Ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah yang Maha mengasihani daripada segala yang mengasihani "
Mari sambung semula. 



oh no #1

Assalammualaikum =)

=______________________________= ""

Tarik nafas dalam-dalam... Selepas ini sudah tidak ada twitter, facebook, YM dan skype.
Bukan merajuk. Jauh untuk berpatah arang, tapi...

tapi tidak pernah pun sampai email. inbox, spam memang tak ada.
 

fb, skype, ym. semua email ni ='( 

Sekarang berharap kepada cache... tapi sekarang sedang berkira-kira mahu format laptop. Jadi, jumpa anda semua dalam akaun yang baru. Mungkin ada cara lain. Alternate email, jangan haraplah untuk ingat. Secret question punya answer?! Last update 16 June 2009, huh. My bad, sickest one.

ps : satu kumpulan kena calit



Student-centered learning

Assalammualaikum. =)

Rasa macam lama tidak update blog, sedangkan post list yang masuk draft banyak gila. Adalah cerita pasal perasaan masuk semester baru sebagai pelajar tahun empat, pasal sedang menggali kubur bila dapat tajuk projek tahun akhir dan sengaja membebankan diri dengan perkara lain, oh hiperbola dan cerita berair mata pasal terima kasih. Tetapi mungkin akan di delete semuanya sebab sudah tidak relevan. Ini hanya untuk mukadimah. =)

Student-centered learning atau dalam bahasa,  pembelajaran berpusatkan pelajar, yang meletakkan pelajar sebagai pihak yang menetapkan hala tuju pembelajaran, jadi daripada guru yang memberi penerangan tentang semua perkara, sekarang pelajar pula perlu mengkaji perkara-perkara macam tu.  Itu adalah menurut apa yang saya faham semasa Ir Yusof terangkan secara ringkas dalam kelas management. Jadi, itu yang berlaku dalam subjek Senibina Komputer. I've done my part, and let it be a history. 

Selepas 3 group untuk 3 chapter, I like how this two people present; which I am lack in everything they had. One is the last presenter for the first group, called him Mr.Eu and the other one who just presented hours ago, we called him Mr.Iki. Both are competent enough to answer the question asked, and very good awareness to the audience. But, Mr.Eu is fast, very fast I mean. 

The first group, which Mr.Eu belong to, I called 'Otai' as they are so good from the beginning, but Mr.Iki group had very good balance, they help each other. For the conclusion, make good read for your topic and be confident.

The feeling to explain the thing that they already knew is different with the one that you want to explain while the audiences know only some of it. 

ps : untung dapat boyfriend macam dorang dua. perhatian, both have girlfriend.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...