Kaamatan & Family Day

Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan... big banner located in front the entrance of Kota Belud from Ranau. "Ingaa mangan kaamatan kalau au mongomot.." Hehe...pardon my Dusun, kalau salah sebab saya pun main recall ja apa yang bapa saya cakap tadi on the way balik dari rumah Ina' balik Ranau. Maksud dia, ehe, saya faham juga biarpun kalau cakap confirm kena suruh berenti. "Tiada guna sambut kaamatan kalau tidak menuai." Nah, saya sendiri tidak tau, betul atau tidak, tapi kami ada hari keluarga masa tu. Wow~~ pusing satu KB tiada minyak masak, sampai kedai-kedai runcit pun tiada. Biar betul ni. Di Ranau tiada masalah pula, kalau kena bagitau sebelum kami jalan p KB, boleh juga tapau minyak masak dirumah yang ada 3 botol lagi... Banyaknya, ok... tu baki pelajar masak dirumah masa jamuan Hari Guru SEMELOR.

    Baguslah juga ada cuti kaamatan, boleh kumpul dengan keluarga. Hari tu, diturunkan ilmu memanggang kepada budak-budak, adik saya 2 orang tiada, 1 sudah di UiTM, 1 lagi ada latihan intensif untuk sukan, yang satu tu sempat melarikan diri p KK jadi dia tidak terlibat dengan latihan. Jadi pelajar ialah budak-budak umur 12 tahun sehingga 15 tahun, lelaki sahaja, mana yang perempuan, baru perasaan, sudah besar semua. Ada juga tapi kalau bukan kecil lagi, belum sampai atau jaga budak, tunggu trip cuci piring. Ahha, kontrak kami time kami masih kanak-kanak.  

Belum sedia untuk click, tapi saya mau masuk juga...
Marlon McBrian sedang mengrekrut kazen-kazennya. Hahaha.. Tipu
Saya tiada kumpulan... Marlon.. 
    Kelmarin, sepatutnya sempat balik petang tapi, "Mama, mama berapa minit lagi?" refer kali kedua, "Aunty, aunty berapa minit lagi"... Jawapan yang diberikan ialah sama, "5 minit." Selepas balik dari rumah anty Inuk di Kelawat, singgah p Digot, pantai di Kota Belud, tidak sampai p Dantai, sebab kononnya mau lalu ja tu pantai, kesian tu budak-budak. Kononnya! Nasib anty Imah dan uncle Bailon ikut, balik p Tumanan, duduk di belakang Hilux sebab basah, mana ada bawa baju spare. Rumah anty Inuk sebelah bukit ja dengan rumah Ina'. Kalau jalan kaki pun tidak sampai 1 jam kalau ikut bukit. Eleh, mana larat dengan budak-budak yang berderet lagi banyak dari belia... Ya! Semua belia, kecuali Ina' dan bapa saya. Hahaha... 

    Di pantai, sedang tunggu-tunggu budak berseronok di pantai, yang semua mula-mula baik ja tidak mau kena air lah, last-last zupp~~~ basah semua, semua anty-anty, mama-mama dan ina' berteduh di bawah pokok, disebelah tu ada satu keluarga bawa nenek dia berkelah, siap memanggang ikan lagi. Tu ikan yang baru tangkap dari laut lagi. Woah~~ Lapar-lapar. Sambil tu, mengungkit-ungkitlah cerita lama, ada anty Ini what, dia lama sudah tidak berkumpul macam tu, adalah dalam 7 tahun. Ada juga menegur orang di sebelah, tapi sekadar berbasa basi. Ina' rasa dia kenal ni orang-orang disebelah, tapi dia diam ja. Tiba-tiba, "Ai, dokoyu mala ti" "nah, intangon oku nga, miagal kotutun oku." "Ina, e Limah boh ti?" Hah! Mau setengah jam sudah kami duduk disebelah, orang tua ni, lucu pula kami nampak. Kami yang remaja mana mau kenal nenek ni. "Ai, kamukah pula tu?" nenek yang duduk di sebelah pokok.  "Nah, saya nampak macam saya kenal." Nenek saya yang dari mula lagi kami duduk dibawah pokok bercerita sambil tengok tu nenek yang lagi satu. "Ina, si Limah kah ni?" Ina', maksud dia mak, tapi kami yang cucu pun panggil dia ina'. Mama saya yang paling tua ikut tu rombongan melihat keputihan pantai Digot. Betullah putih, jarang orang p sana. Jadi kurang sikit sampah. I told you the truth. Nah~~ Jumpa lagi orang yang dulu banyak berjasa dengan keluarga kami. Uncle Bee tinggal dengan dorang dulu tapi dia tidak ikut, jaga isteri dia dirumah. 
   
   Dang! Hari ini sepatutnya ada perjumpaan dengan pengetua, Arham, Kak Kide, dan Hadi di SEMEKAR. Sorry people... Saya pun tidak jangka bah tu. Sayakan jadi penumpang ja di belakang. Bapa saya pun risau lagi tapi apa boleh buat labah-labah buat hal. Tipu, tapi semua tidak seperti yang dirancang. Kan, kita cuma boleh merancang. Lari jauh-jauh... Sorry.

Later, kena kemas rumah. Nanti kena marah... Chiao...

p.s :: erk...cerita 3 hari ni. huh! hari sabtu ni dorang yang di KK mau p picnic di Tanjung Aru... Ah~~~ Mau ikut!!! 

  

4 comments:

  1. bestnyer cuti g jalan3....bila nak bawak sy g pusing2 kk?

    ReplyDelete
  2. @eLLanah, adikku sayang...nda da ko kan...jan jeles...sa sm najiyah yg buat kek...wow meletops!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...