Cuti #3 : Hospital Ranau

Me hospitalized? Nah, tidak. Menjaga nenek saya yang ditahan di Wad Akut, Hospital Ranau. Berapa tahun sudah saya tidak melawat tu tempat r? Adalah dalam 2 tahun, last time buat medical check-up untuk masuk uni. Nah, saya bukan kebal penyakit, tapi selepas tu saya pelawat setia pintu gate klinik UniMAP.,sebab untuk keluar dari kolej kediaman kena lalu klinik tu. 

Dalam wad tu ada 4 orang, yang sebelah nenek, pelajar sekolah rendah SK Kinasaraban, pelari tu! Tapi dia baru jatuh dari kereta, cerebum conciousness... Nah, idk betul atau tidak, tu yang saya dengar dari nurse yang report untuk next shift. Huh~~ nothing serious. Depan katil nenek saya pula, ada satu pesakit, ada dua anak dia menjaga, abang dan adik. Yang ni saya langsung tidak tahu kenapa, tapi dia ada kesukaran bernafas dan selalu batuk-batuk berkahak, sampai dia tidak dapat tidur malam. Kesiannya, baru dipindahkan dari Queen Elizabeth. Nasib anak dia bagus, kalau tidak? 

Lagi seorang, baru admit semalam dalam pukul 10malam, tiada yang jaga. Mula-mula ada juga tapi rasanya budak sekolah rendah, sebab lagi kecil dari si Alia, yang 142cm. *iklan = si Azam sama tinggi sudah sama saya! oh, tidak* Tapi mama dia suruh balik, dari pemerhatian saya, mama dia kurang darah atau darah tinggi macam nenek. Sebab alat dia sama juga. Nah, don't judge the situation by the stuff. SO, saya pun tidak tahu. Jadi apa yang saya tahu?

Disebalik dinding wad akut ni, saya perasan ada seorang kanak-kanak perempuan, macam si Alia, ketinggian, panjang rambut, kekurusan,hahaha...  semua sama. Selain fashion muka yang sangat-sangat berbeza dengan adik saya, si Alia, budak tu sangat berdikari dan dia pun macam saya, menjaga orang yang ditahan dalam wad. Mungkin saya memandang dari sudut 0.00000001 darjah daripada orang lain, tapi sangat besar maknanya bagi saya. Kasih sayang. 

Saya boleh anggap, budak tu sebenarnya tiada kawan dirumah sebab tu dia ikut menjaga dihospital, atau dia kena paksa ikutkah. Some of thought yang hanya akan menimbulkan buruk sangka. Let it be just like, she really care about her family. She want to be there whatever the time is. 

Kalau dilihat dengan dua beradik yang jaga ibu dia, yang dorang panggil mummy, si abang mahu ibu dia cepat sembuh. Tiada paksaan dalam pergerakan dia, biarpun sudah berhari-hari tidur di atas kerusi. Macam tu juga si adik. Dan macam tu juga si ibu. Hati ibu mana yang mahu menyusahkan anak sendiri? Ada, sangat banyak! Tapi bukan dalam suasana dihospital ni. Nenek pun cakap tadi, "Idah, ko p lah makan dulu." Padahal, dia bukan boleh jalan p mana-mana, dan kau memang tiada hati kalau kau tinggalkan juga.

Semua orang tahu, tiada siapa pun yang mahu tinggal diatas katil hospital, semua orang mahu sihat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Tapi bukan semua orang menghargai hidup sendiri, bukan semua orang menghormati kehidupan orang lain. Thanks to the nurse too. 

Nah, i help the nurse with some of the stuff there. Pengalaman lagi. Later... 

p.s :: hah~~ merapu-rapunya panjang. labah-labah sudah fix. Tapi saya belum nampak. Atun, Linda dan Abg Nick ada dirumah. Hantar Sofee, Linda, dan Alia balik Ranau semalam. Sempat melawat nenek selepas masa melawat. Thanks kepada encik security hospital. Ui, vacation betul si Alia 2 minggu ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...