entah kenapa hari ni terasa mahu meng'google' senior yang satu ini; tapi sebenarnya memang mau cari pun blog kakak yang ini, sebab dia ada satu perjalanan yang menarik sepanjang bergelar pelajar kejuruteraan. Atau mungkin sahaja saya yang suka memerhati dalam diam. 

Allah sebaik-baik perancang. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang baik untuk hamba Nya. Yakin bahawa rezeki ada di mana-mana. Yakin bahawa Allah pemberi rezeki dan nikmat kepada kita semua. Bila hidup yakin bertuhan, kita akan rasa syukur. Sentiasa rasa syukur. Hari ini, Allah takdirkan ini untuk kita dan keluarga kita. Akan datang, rencana Allah pasti lagi cantik. Apa yang penting, jangan lupa pada pencipta. Sentiasa ucap alhamdulillah atas nikmat dan kurniaan Nya. Alhamdulillah untuk rezeki serta takdir hari ini.

bila gagal, jangan terus mengalah. terus tetap berikhtiar. macam itu kita terdidik menerima takdir - cuma kadang-kadang pengamatan itu hanya berlaku secara biasa. jauh tertinggal dibelakang itu tandanya usaha yang diberikan belum cukup, bukan salah sesiapa. Bukan salah student-centered, bukan salah lecturer. Salah diri sendiri yang mengharap nasi masuk ke dalam mulut sendiri tanpa ada usaha. hardwork.it never betray. 

depan meja cik siti

sedang mengemas meja, membuang apa yang patut, membuka apa yang perlu, menyapu apa yang berkurun bersembunyi dibawah meja segi empat tepat ni. biarpun depan mata, tapi selalu tidak meresap dalam hati ayat yang ditulis didepan mata - mustahil kalau melengah-lengahkan masa-. teringat terus dengan perbualan dengan kawan "Sem lepas pun dah azam tak nak study last minute..." *sly grin.untouched.*

ps : sendiri dan tutup lampu. mungkin saya tidak akan tidur sampai ke pagi.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...