somebody tell me why

Cuti tinggal dalam beberapa minggu. Minggu ni penuh dengan program 3P, ingatkan macam buat masa internship hari tu, jadi pilihlah Xilinx IC-Design dan training untuk verilog HDL. Minggu lepas mungkin ok ja lagi, tapi minggu ni, macam sudah start kena rack kepala - sampai kalau tidak sarapan pagi akan bergetar-getar kelaparan di tengah hari. Itu hiperbola. 

Minggu lepas dan minggu sebelum exam, orang dalam rumah KKF @* tu semangat gila bercakap pasal kahwin, dan konfemlah saya pun bising. Tapi komitmen, tanggungjawab untuk fasa yang itu tidak larat saya fikir dalam-dalam. Jadi, apa pun yang keluar dari mulut - you be my william, i'll be your kate - konfem tipu. Sekadar mau buat mak cik gaurd sakit hati dengan bunyi gelak kuat-kuat.

Ada mesej dengan satu kak hari pasal satu benda yang sangat lucu. Entah, sudah bagitau orang lain pun tetap rasa benda yang saya rasa tu betul. Eih, teruknyala... Biarpun sudah kena bagitau, mustahil untuk jadi, kenapakah kau wahai hati berdebar-debar? Buat tia tau dan mari belajar semula pasal FSM. Tapi seriously, saya rasa macam tu... aih~

May ALLAH grant us true knowledge and the ability to practice it.

ps : nadia baca time sedang menulis... sebok je kau ye!
entah kenapa hari ni terasa mahu meng'google' senior yang satu ini; tapi sebenarnya memang mau cari pun blog kakak yang ini, sebab dia ada satu perjalanan yang menarik sepanjang bergelar pelajar kejuruteraan. Atau mungkin sahaja saya yang suka memerhati dalam diam. 

Allah sebaik-baik perancang. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang baik untuk hamba Nya. Yakin bahawa rezeki ada di mana-mana. Yakin bahawa Allah pemberi rezeki dan nikmat kepada kita semua. Bila hidup yakin bertuhan, kita akan rasa syukur. Sentiasa rasa syukur. Hari ini, Allah takdirkan ini untuk kita dan keluarga kita. Akan datang, rencana Allah pasti lagi cantik. Apa yang penting, jangan lupa pada pencipta. Sentiasa ucap alhamdulillah atas nikmat dan kurniaan Nya. Alhamdulillah untuk rezeki serta takdir hari ini.

bila gagal, jangan terus mengalah. terus tetap berikhtiar. macam itu kita terdidik menerima takdir - cuma kadang-kadang pengamatan itu hanya berlaku secara biasa. jauh tertinggal dibelakang itu tandanya usaha yang diberikan belum cukup, bukan salah sesiapa. Bukan salah student-centered, bukan salah lecturer. Salah diri sendiri yang mengharap nasi masuk ke dalam mulut sendiri tanpa ada usaha. hardwork.it never betray. 

depan meja cik siti

sedang mengemas meja, membuang apa yang patut, membuka apa yang perlu, menyapu apa yang berkurun bersembunyi dibawah meja segi empat tepat ni. biarpun depan mata, tapi selalu tidak meresap dalam hati ayat yang ditulis didepan mata - mustahil kalau melengah-lengahkan masa-. teringat terus dengan perbualan dengan kawan "Sem lepas pun dah azam tak nak study last minute..." *sly grin.untouched.*

ps : sendiri dan tutup lampu. mungkin saya tidak akan tidur sampai ke pagi.



Fee Overdue



Paksa habiskan dulu buku tu baru mau kasi balik. Hari jumaat ni mungkin~~ Padahal kena hadam 3 chapter paling last~



intimate supper party

Assalammualaikum. =)

I supposed that called intimate supper party. Maybe ~~ budak rumah yang masih setia dan belum balik kampung halaman.

Patut dalam resolusi tu tulis mahu belajar memasak. Tapi sombong gila tidak mau mengaku. Well, I will, if time allow me. Selalunya Farah yang jadi Head Chef, Am, Azer dan Arin jadi Sous Chef, kalau tidak pun jadi Chef de Partie. Orang lain? At least boleh jadi Kitchen Assistant. Saya? Jadi orang yang basuh pinggan dan yang makan paling banyak juga. *apa tidak gemok* Tapi hari ni Farah sudah selamat balik Selangor~ 

Am masak tom yam. Sebab dia selalunya jadi Chef de Partie untuk tom yam ni, so it fine. Tapi the attempt untuk masak sotong goreng tepung... Erk~ Mestilah tidak jadi. Sotong tu jadi keras dan tepung hampir tidak melekat bila kena goreng...

Macam mana orang-orang yang dikedai tu masak sotong goreng tepung sedap gila, rangup dan paling penting tepung tu melekat?? Guono ni? Sudahlah keras, pastu tepung pula tidak melekat. Spoil ja mood mau makan. Siap google tu lepas goreng first batch - tepung tidak melekat. Seriously, I don't know how.  

Tadi ada attempt untuk belajar cakap bahasa orang utara ni tapi pun tidak jadi juga - best pula dengar sorang Am dengan Arin bercakap, never failed to make me laugh padahal tidak faham. "Guano ni...loni malah sokmo, nop make pun malah juga." Sabar ja gelak. (〃^∇^)ノ mood #jozan. 

ps : belajar masak? mau update pasal keow teow kungfu~~ 


Resolusi 2013

Assalammualaikum. =)

the new year quote: "learning to accept failure is not enough - learnt how to ignore shame and sponge the attitude" 

Biarpun agak terlambat... Erm, ok tidak, matlamat kena sentiasa ada, belum pernah ada istilah terlambat dan tidak perlu tunggu tahun baru pun untuk mengadakan yang lain. Oh tau pun saya cakap kan...

Resolusi 2013? Sebelum ni cuma membiarkan diri untuk turut sekali drift macam blok kayu hanyut bersama arus sungai. Biarlah pula kali ini saya menetapkan sesuatu untuk dicapai;

1. Kembali kepada berat badan sebelum masuk UniMAP. Ouch, melampau gila berat badan naik. Macam Wiwiek cakapkan; kalau kita bagitau dengan orang lain mungkin kita akan ada insentif untuk menurunkan benda yang satu ini. Tapi saya rasa tidak bersalah bila berat naik macam tu; terkejut pun ada juga bila naik penimbang baru-baru ni. Tu pun sebab kena suruh, pastu... is ok maybe. Teruk gila budak yang menulis ni. Instead thinking about the loss, sepatutnya saya perlu fikir apa yang akan saya akan dapat selepas tu - senang cari seluar jeans, confident boost sebab nda lagi terasa pindik tagap. =)
2.  Increase hard-skills.
3. Bergraduasi!! Oh.yea. (berhenti pada setiap titik) Insya ALLAH, may ALLAH grant it. Post ni lambat ditaip sebab habis exam 11hb January, dan langsung tidak sedar 2012 bertukar ke 2013 kalau bukan dengar orang main mercun. Kiranya officially tamat semester 7, tinggal satu semester. Let put the utmost effort!
4. Should seriously start saving. This need details.
5. 2013 is way long to go. But I need to determine to work right after finish schools. I am eyeing on the pre-silicon industry, but let see where can I catch up.
6. Lulus ujian memandu (tahu tidak benda ni pun saya fail tahun lepas!)

Wiek... sa rasa saya meng'copy' ko punya resolution dalam ayat saya. erm... this one come form heart to.

ps : what have been accomplish in 2012? a lot~~



SOUP

Assalammualaikum.  =)

Apa dia perasaan sudah habis exam dan officially mula cuti tapi tidak balik ke kampung halaman? =|

Ada apa dengan sup? Tiada apa-apa, cuma sekadar mahu menulis sesuatu. =}

Oh my. i need to get rid all this note and start to blankly stare the FYP log book again.

Sangat merindui moi sup pak cik konvo.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...