Praktikal sudah habis!! Oh yeah... Tapi, langsung tidak ada kegembiraan dalam hati, sedih, tidak juga. Entah, perasaan bercampur baur. Oh tidak! Benci. Suka, sayang, sedih semua ada. Jumpa kawan baru, orang baru, perangai baru, persekitaran yang agak baru.
Masa meeting pertama, "Kenapa pilih ICmic sebagai tempat untuk buat latihan industri?" Cik Intan pandang, tapi buat tidak tahu untuk jawab, jadi Tang jawab dulu. Entah apa jawapan dia, yang pasti jawapan saya, sebab saya minat. Memang! Suka gila design layout! *untuk perhatian, hahaha* Alhamdulillah, functional group memberi ruang yang cukup luas untuk itu. Selepas ini, mahu mencari ruang untuk itu lagi.
Tiba-tiba rasa awkward. Entahlah, ahli group saya akan baca ini atau tidak, tapi sangat-sangat berterima kasih dengan kamu semua. Ain, Amir, Wan, Tang dan Deen... Lepas tu, ada Honey, Maya, Fizi, Asyraf, Shuaib, dan Izwan... Terima kasih banyak-banyak. Banyak sangat perkara saya belajar dari kamu semua. Untuk UIA-ian, Nani, Ke-on, Yati, Eily... Oh my precious! Haha... Lepas ni, let's hope meeting again! Sangat sayang kamu semua!
Hey gambar?!! Belum ada seorang yang pun yang upload... Apa ni?! What ever it is, I start missing intern-moment already! Rasa rindu dengan rasa cuak, kelam kabut, tertekan dan seronok bila dapat spec atau LVS clean, dan mungkin juga pengalaman pertama, shaking pegang mouse... It all memories. I'll treasure it, insya Allah, mudah-mudahan apa sahaja yang kita semua dapat dari internship ni, kita dapat aplikasi selepas ini...
Love...
ps :: selain speechless sebab tertinggal buku log (ah, thanks Faiz, terima kasih banyak, kalau tidak praktikal saya, gagal), speechless sebab the superb shocking news! (ah itu kena bersabar sampai dapat jemputan nasi minyak), the last called dari pintu buat saya super speechless... Hahaha... ok. diam!
mood : high; cappuccino + penat + tidak boleh tidur + cuak + menyesal + ah = oh my! i am miserable!
Entri yg menarik, kisah kehidupan penuh rona...Terima kasih krn sudi memberi komen di blog saya...
ReplyDelete