Salah kawan, bukan diri sendiri

Assalammualaikum... =)

Post ini penuh perkataan yang menidakkan kebolehan berfikir otak. Kalau anda rasa anda benci perkataan seperti bodoh, sila berhenti membaca. Ouch. Bukan seni sarkastik, bukan juga retorik aksara penuh makna, tapi realiti masak nasi perlu guna beras. Setuju? Mungkin tidak untuk sesetengah orang.

Saya bukan pandai, bukan juga seorang yang pandai menjaga diri, menjaga kawan apatah lagi. Tapi, bila sudah terasa ada sedikit kemampuan untuk menilai BAIK dan BURUK, tahu menilai SEBAB dan AKIBAT, dan tahu mengaku salah sendiri... Kenapa meletakkan kawan sebagai benteng untuk membuktikan diri tu baik?

Kalau kawan kita ajak terjun bangunan, ada awak nak terjun? Oh, itu perkara obvious, sudah tentu tidak. Kalau kawan ajak keluar malam, awak nak keluar? Sudah tentu awak akan buat pertimbangan bukan? Diaorang free hair, ada diaorang ajak awak free hair juga? Habis tu kenapa awak tak pesan dengan diaorang pakai tudung? Bukankah kita berharap satu ikatan persahabatan itu berkekalan dan sehingga ke syurga?

Nilai baik dalam kehidupan awak, bukan dinilai pada masa lampau kita, tapi dengan apa yang kita lakukan sekarang. Dalam satu komuniti, ketahanan kita bergantung kepada kita... Kenapa mahu menyalahkan orang lain atas perubahan yang berlaku ke atas diri kita, dan pulanya kita sangat berbangga bila kita berubah kononnya atas inisiatif diri sendiri, sedangkan ada perkara yang berlaku terhadap kita daripada orang lain, dan menyebabkan kita mahu berubah. 

Dalam kita menunding jari ke arah kawan kita, tiga lagi menghala kepada kita. Kita pun sibuklah menjadikan kawan kita mangsa, sedangkan kita yang belum berkemampuan menjaga diri sendiri. Orang tua pesan, "berhati-hati memilih kawan." Tapi bila sudah berkawan, jangan biar diri kita jadi mangsa, kelak nanti kita akan menyalahkan orang lain. Tidak salah berkawan dengan mereka, tapi ingat, semuanya bergantung kepada kita - kalau kita mempunyai kekuatan untuk menarik mereka menjadi lebih baik, bukankah itu lebih baik?





2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...