mulut : tanggungjawab kita


Assalammualaikum. *selamat sejahtera ke atas kamu, wahai saudara/i ku.*

terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata ... buruk padahnya.

kerana mulut badan binasa.

bagi fikiran tu fikir panjang sikit dari pembaris 30cm. bukan apa, bila kita marah, ada ayat yang keluar dari mulut, sampai kita dilabel sebagai 'mulut longkang'. fine, kau tidak peduli pun. tapi, apa akan berlaku kalau semua yang keluar itu, keaiban orang lain dan fitnah? dan probability apa yang keluar dari mulut kita itu, menjadi minyak yang menyimbah ke bara api. 'joyah oi, batu api betul hang noh.'

kita hidup dalam masyarakat. bukan hidup sendiri dihujung kampung. duduk dihujung kampung tetap dengar orang membawa cerita. flak. perasan atau tidak, ramai cerita dalam dan luar sesetengah orang menjadi headlines dalam surat khabar. dan masyarakat? 'will you believe the media?' kadang-kadang untuk memanaskan keadaan, ada juga soalan-soalan yang both parties tidak pernah terfikir, tapi dimulakan oleh orang lain.

Kita berhak untuk bersuara. Melalui jalan yang betul, dan ada yang memilih untuk melakukannya secara terang apabila tidak pernah diendahkan. Ada yang saya sokong, dan ada yang tidak. Sebab, ada yang berkepentingan dibelakang. Oh maaf, pak cik teksi bagitau saya perkara macam ini, so do my dad and mum. - tapi semuanya terpaksa didiamkan, tidak kisah pun bahaya juga. Tapi jangan lupa, apa yang kita luahkan dari mulut kita yang satu ini, adalah TANGGUNGJAWAB kita. Biarpun berita itu, kita dengan juga dari mulut orang lain.
 
Macam mana kalau selepas ini, kita bergurau, kita menegur jangan guna langsung perkataan, 'hang ni lah, bodoh sungguh!' 'Ya Allah, jahanam betul budak ni!' 'woi, takda mata ka?!' paling teruk pernah menyinggah dalam telinga; 'babi la hang'. Ramai, sangat ramai diantara kita yang tidak ambil peduli yang sebenarnya kata-kata itu doa. Experiment yang serious menarik; [murnihati]. Explained, why i put my water inside my locker. Bukan kedekut - air adalah molekul yang menyerap setiap gelombang, dan suara adalah gelombang. Sebaiknya apa yang keluar dari mulut kita adalah sesuatu yang positif dan baik.

ps : aiyee... siapa rasa betul sila angkat tangan? kalau saya silap, maaf saya minta tolong tunjukkan. saya budak jahat bukan nakal yang sedang belajar. dan seorang pendendam. memaafkan orang? it takes time, but i try my very best untuk tidak terus menyakitkan hati sendiri. sangat kasihan sebenarnya bila saya sebenarnya takut untuk menegur - coward!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...