kiss-kiss : rasa hati


Hey! The person with terrible memories create epic tale!

Tabik dengan penulis novel. Mana entah dorang semua dapat idea untuk menulis cerita sampai 500 muka surat. Lepas tu, siap segala masalah yang tidak pernah terbayang dek hati. Tapi kenapalah cerita dalam novel semuanya hampir sama. Kalau bukan perempuan tu yang menolak lelaki tu, mesti lelaki tu yang tolak perempuan tu. Bukan tolak masuk longkang.

Lepas tu, perempuan tu mesti selalu ja berlagak kuat. Padahal hati rapuh. It’s the reflection of real life? Perempuan selalu berlagak 'ganas' depan lelaki yang dia suka atau dalam novel 'entah bila rasa itu hadir'. Kenapa? Protection. Yalah, kalau berlagak baik, takut pula orang cakap perasaan. Takut kalau sebenarnya perasaan yang kononnya halus itu hanya bertepuk sebelah tangan. Kan haru kalau macam tu.

Jadi macam mana supaya kesakitan bertepuk sebelah tangan tu tidak berlarutan? Kalau bertepuk sebelah tangan bukan macam menepuk angin ke? Mana ada terasa sakit. Hm, sempat pula loyar buruk. Yes, some of it, hurt like hell!! Dah pernah rasa sakit di neraka? Yang sakitnya tidak tertanggung oleh badan, sehingga hancur badan. Kau sanggup?

Jauh kelaut kau ni... Orang cakapkan, the love that remains longest in your heart is the one that is not returned. But NO, alah, mungkin juga cinta kilat, pantang nampak orang comel sikit. Lagi-lagi muka Chinese look something. Oh, tidak! The love that remains longest is the one the touch your heart, isn't?

Lepas tu dalam novel tu pula, berlagaklah jual mahal, sedang dalam hati, ya Allah, kalau boleh diterkam watak yang satu lagi, mahu diterkam macam singa kelaparan. Kenapa tidak boleh berterus-terang, jadi tidaklah timbul semua masalah? Girl! Life is full with suprise. You can’t never expect what will come next. Life is not that some child block game, you know what and where to get the best. There is also a moment you misplaced and that's it 'game over'... 

‘Jaga mata.’ Hafiz said. Setuju. Sangat setuju, bukankah kita, sebagai seorang Islam untuk menjaga pandangan.

“Yang kau kenapa macam tu pula?” Entah, mungkin terasa sekadar bertepuk sebelah tangan, tanpa ada tangan yang akan membalas. Jadi betulkan, sebab kita tidak mahu terus terluka, kita berusaha untuk memadam segala-galanya tentang orang yang pernah kita sayang.

Sayang? Define sayang... Elaborate. Gila, kau ingat aku ambil major pshycology? Sampai aku mampu elaborate benda-benda macam tu. Ya, benda tu bukan karut. Tapi, agak remeh. Bukan remeh, tapi ah~~ Kau fahamkan... Kau boleh ketepikan, sedang hati mengatakan tidak. Denial.

ps :: Mula-mula ingatkan sedang berada didalam dunia kayangan, rupa-rupanya sedang menghancurkan diri sendiri. Gila! Sememangnya jangan pernah terjebak dengan segala gejala lagha, payah untuk ditolak lagi.



2 comments:

  1. ahah kalau dah pernah terjebak anggap tu pengalaman..kalau belum better jauhkan..sebab yang indah hanya sementara je..hewhew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. nice hit kn! tp entah xfaham pun sebenarnya macam mana tu rasa

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...