Assalammualaikum... =)

"bring it into life" 

Bangun, makan, tidur balik. Tidur watu siang dan bangun waktu malam. Memang sah budak yang sedang menulis ini merosakkan jam badan. Tiada kaitan dengan jet lag habaq kat hang sat. Tadi merajinkan diri untuk ikut sekali dorang Arin memeriahkan kenduri di Padang Besar, rumah mak angkat dia. - over pula kalau cakap melantak, tapi memang licin pinggan makan gulai itik. *eya, first time saya makan itik dan mungkin tidak akan lagi.

nadia, farah & arin - saya? who you think will snap the picture?
"Kak Arin, nanti petang sat mai p Gua Kelam." Maaf, tidak dapat ditunaikan, kan mak cakap adik demam~ Kami pun lupa, Gua Kelam tinggal beberapa kilometer dari sini.

ps : saya sebenarnya kehilangan kata-kata untuk menulis. terlalu banyak untuk ditulis tentang code of ethics, tentang ethical hacking and this whatever weather life. 



Assalammualaikum. 


kadang-kadang kita tidak mahu berlari dijalan yang lurus dan dekat. Tapi, mungkin jalan tu, lebih teruk dengan lopak. Dan kalaulah yang jalan itu menyebabkan baju putih itu berlumpur,kita bukan menyalahkan sesiapa, diri sendiri juga. Bukan tidak diberitahu jalan yang ini berlopak, tapi manusia... Tapi baju yang kotor boleh dibersihkan. Gunalah semua jenama sabun dan petua nenek, hasilnya jelas kelihatan. Hati pun macam itu juga, yang membersihkan dia, dengan ingatan kita kepada ALLAH, dengan pujian kita kepadaNya, dengan rasa bersyukur yang kita titipkan setiap saat. Tapi, bila kita pelihara dendam dan dengki, ruginya bila kita semakin lupa nikmat yang diberikan. Maaf...

kiss-kiss : rasa hati


Hey! The person with terrible memories create epic tale!

Tabik dengan penulis novel. Mana entah dorang semua dapat idea untuk menulis cerita sampai 500 muka surat. Lepas tu, siap segala masalah yang tidak pernah terbayang dek hati. Tapi kenapalah cerita dalam novel semuanya hampir sama. Kalau bukan perempuan tu yang menolak lelaki tu, mesti lelaki tu yang tolak perempuan tu. Bukan tolak masuk longkang.

Lepas tu, perempuan tu mesti selalu ja berlagak kuat. Padahal hati rapuh. It’s the reflection of real life? Perempuan selalu berlagak 'ganas' depan lelaki yang dia suka atau dalam novel 'entah bila rasa itu hadir'. Kenapa? Protection. Yalah, kalau berlagak baik, takut pula orang cakap perasaan. Takut kalau sebenarnya perasaan yang kononnya halus itu hanya bertepuk sebelah tangan. Kan haru kalau macam tu.

Jadi macam mana supaya kesakitan bertepuk sebelah tangan tu tidak berlarutan? Kalau bertepuk sebelah tangan bukan macam menepuk angin ke? Mana ada terasa sakit. Hm, sempat pula loyar buruk. Yes, some of it, hurt like hell!! Dah pernah rasa sakit di neraka? Yang sakitnya tidak tertanggung oleh badan, sehingga hancur badan. Kau sanggup?

Jauh kelaut kau ni... Orang cakapkan, the love that remains longest in your heart is the one that is not returned. But NO, alah, mungkin juga cinta kilat, pantang nampak orang comel sikit. Lagi-lagi muka Chinese look something. Oh, tidak! The love that remains longest is the one the touch your heart, isn't?

Lepas tu dalam novel tu pula, berlagaklah jual mahal, sedang dalam hati, ya Allah, kalau boleh diterkam watak yang satu lagi, mahu diterkam macam singa kelaparan. Kenapa tidak boleh berterus-terang, jadi tidaklah timbul semua masalah? Girl! Life is full with suprise. You can’t never expect what will come next. Life is not that some child block game, you know what and where to get the best. There is also a moment you misplaced and that's it 'game over'... 

‘Jaga mata.’ Hafiz said. Setuju. Sangat setuju, bukankah kita, sebagai seorang Islam untuk menjaga pandangan.

“Yang kau kenapa macam tu pula?” Entah, mungkin terasa sekadar bertepuk sebelah tangan, tanpa ada tangan yang akan membalas. Jadi betulkan, sebab kita tidak mahu terus terluka, kita berusaha untuk memadam segala-galanya tentang orang yang pernah kita sayang.

Sayang? Define sayang... Elaborate. Gila, kau ingat aku ambil major pshycology? Sampai aku mampu elaborate benda-benda macam tu. Ya, benda tu bukan karut. Tapi, agak remeh. Bukan remeh, tapi ah~~ Kau fahamkan... Kau boleh ketepikan, sedang hati mengatakan tidak. Denial.

ps :: Mula-mula ingatkan sedang berada didalam dunia kayangan, rupa-rupanya sedang menghancurkan diri sendiri. Gila! Sememangnya jangan pernah terjebak dengan segala gejala lagha, payah untuk ditolak lagi.



mulut : tanggungjawab kita


Assalammualaikum. *selamat sejahtera ke atas kamu, wahai saudara/i ku.*

terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata ... buruk padahnya.

kerana mulut badan binasa.

bagi fikiran tu fikir panjang sikit dari pembaris 30cm. bukan apa, bila kita marah, ada ayat yang keluar dari mulut, sampai kita dilabel sebagai 'mulut longkang'. fine, kau tidak peduli pun. tapi, apa akan berlaku kalau semua yang keluar itu, keaiban orang lain dan fitnah? dan probability apa yang keluar dari mulut kita itu, menjadi minyak yang menyimbah ke bara api. 'joyah oi, batu api betul hang noh.'

kita hidup dalam masyarakat. bukan hidup sendiri dihujung kampung. duduk dihujung kampung tetap dengar orang membawa cerita. flak. perasan atau tidak, ramai cerita dalam dan luar sesetengah orang menjadi headlines dalam surat khabar. dan masyarakat? 'will you believe the media?' kadang-kadang untuk memanaskan keadaan, ada juga soalan-soalan yang both parties tidak pernah terfikir, tapi dimulakan oleh orang lain.

Kita berhak untuk bersuara. Melalui jalan yang betul, dan ada yang memilih untuk melakukannya secara terang apabila tidak pernah diendahkan. Ada yang saya sokong, dan ada yang tidak. Sebab, ada yang berkepentingan dibelakang. Oh maaf, pak cik teksi bagitau saya perkara macam ini, so do my dad and mum. - tapi semuanya terpaksa didiamkan, tidak kisah pun bahaya juga. Tapi jangan lupa, apa yang kita luahkan dari mulut kita yang satu ini, adalah TANGGUNGJAWAB kita. Biarpun berita itu, kita dengan juga dari mulut orang lain.
 
Macam mana kalau selepas ini, kita bergurau, kita menegur jangan guna langsung perkataan, 'hang ni lah, bodoh sungguh!' 'Ya Allah, jahanam betul budak ni!' 'woi, takda mata ka?!' paling teruk pernah menyinggah dalam telinga; 'babi la hang'. Ramai, sangat ramai diantara kita yang tidak ambil peduli yang sebenarnya kata-kata itu doa. Experiment yang serious menarik; [murnihati]. Explained, why i put my water inside my locker. Bukan kedekut - air adalah molekul yang menyerap setiap gelombang, dan suara adalah gelombang. Sebaiknya apa yang keluar dari mulut kita adalah sesuatu yang positif dan baik.

ps : aiyee... siapa rasa betul sila angkat tangan? kalau saya silap, maaf saya minta tolong tunjukkan. saya budak jahat bukan nakal yang sedang belajar. dan seorang pendendam. memaafkan orang? it takes time, but i try my very best untuk tidak terus menyakitkan hati sendiri. sangat kasihan sebenarnya bila saya sebenarnya takut untuk menegur - coward!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...