Organisasi

Assalammualaikum.

Selagi idea masih berjalan dan internet masih ditaja... Tinggalkan sebentar sesi mengemas rumah yang menjadi rutin setiap pagi. Post ini tiada kaitan dengan politic, like other I'm sick of it. Even it is necessary, tapi still not compulsory. Siapa setuju, sila teruskan membaca... Percaya atau tidak masih ada negara di dunia ini yang tidak mengamalkan politik. Apa itu politik sebenarnya? Nantilah kamu Google sendiri... 

Baru tiga hari selepas terlibat dengan Kem Kecemerlangan UPSR Fasa II di  SK Lohan. Lama juga tidak merasa keempukkan tidur di atas meja dan lantai kayu. Biarpun berhadapan dengan budak-budak bertelinga gajah, tapi seronok. Apa yang menyeronokkan bila hampir hilang suara di akhir kem? It is the pleasure that you don't know how to share with other. Bila buat kertas kerja, matlamat ialah meningkatkan prestasi akademi dan sahsiah diri pelajar. Adakah diakhir program matlamat yang ingin dicapai berjaya? Insya Allah, seperti mana guru-guru dan para pelajar, kami amat berharap kem ini akan membantu para pelajar tersebut untuk menjadi orang yang lebih berguna dan berjaya.

Postmortem akhir, bertempat di pondok RMT SK Lohan, pengarah program, Cik Aznah Tahir a.k.a Bugiey, point out a very relevant idea.Sesebuah organisasi sangat perlu untuk bersatu hati, kalau para fasilitator tidak bersatu hati, maka para pelajar juga tidak akan bersatu hati. Bergaduh dan ketidakpuasan hati adalah normal dalam pengurusan sesuatu perkara, sebab dengan itu kita dapat memperbaiki kesilapan-kesilapan yang akan berlaku dalam pelaksanaan program. Tapi kita tidak akan berpecah sekiranya kita bersatu hati, tidak akan ada pihak yang melakukan kerja yang lebih banyak daripada pihak yang lain. 

Penat itu satu pengorbanan. Mustahil untuk kita menjalankan program yang akhirnya kita tidak merasa penat. Mungkin hanya saya, tetapi kepenatan itu sangat berbaloi sekiranya kita melakukan setiap perkara dengan seikhlas hati. Macam yang Ray/Gaban cakap, kita sama-sama enjoy. Biarpun sebenarnya ada sedikit ketidakpuasan hati tentang kecekapan pengurusan masa dan kerjasama, tetapi banyak juga yang datang daripada saya. Masa yang diberikan memang sangat packed, tapi bukan standard kem macam tu kah? Hehehe... Itu pada pendapat saya. Terlupa pentingnya kita saling ingat-mengingati dalam melaksanakan program dan menyangkut tentatif sekali dengan name tag. Sorry, my bad too...

Untuk fasilitator yang terlibat menjayakan Kem Kecemerlangan UPSR Fasa II SK Lohan, TERIMA KASIH, KAMU SEMUA MEMANG HEBAT! sila jawab, yes, terima kasih dengan humble. Macam budak-budak tu buat. Satu organisasi yang saling melengkapi dan bantu membantu, macam Eysa cakap, tidak perlu menunggu arahan, semua orang sudah tahu tanggungjawab masing-masing.

p.s :: sangat banyak yang perlu diperbaiki sebagai persediaan menjadi pemimpin. tanpa kesungguhan, ketegasan, keberanian dan ketelitian sangat mustahil untuk maju.

nota kaki :: terasa macam mau copy jak masuk dalam laporan... boleh ka?malas sudah mau buat...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...