Mimpi

Jauh mungkin perjalanan yang akan dilalui, 2 jam. Bukan jalan bertar, jalan garabel kalau orang Ranau panggil, kalau orang lain, mungkin jalan kampung...Biarkan apa pun jalan tidak berturap dipanggil, tapi misi yang dibawa bukan boleh dipandang ringan. 'Bukan semua orang boleh mengembangkan pemikiran sehingga mencipta hipotesis dan berfikir secara kritikal.' Ayat lecturer yang masih berdengung di kepala. Pelajar tingkatan 5, masa yang tinggal sebelum SPM sudah tidak selama yang dijangka, FOCUS! 

Tapi bukan itu matlamat yang akan dibawa, matlamat untuk membuka minda pelajar, biarkan mereka bermimpi memegang awan, biarpun sakit kalau terjatuh, tidak bermakna mereka tidak boleh berdiri semula. Bukan sekadar suka membuat program, tetapi mahu ramai pelajar mampu bersatu padu, bekerjasama agar kejayaan yang dikecapi dapat dikongsi bersama.

Bagaimana mahu mencipta keinginan memajukan diri dalam diri pelajar? Semua orang mahu maju, tidak ada yang terkecuali. Semua mahu hidup selesa, tetapi apabila sudah berada dalam zon selesa, susahnya untuk keluar daripada kawasan tersebut dan mencipta satu keadaan yang menekan kita untuk berusaha dengan lebih keras. Mungkin juga sudah terlalu manja dengan keadaan tersebut, sehingga menjadi sangat tegar untuk menerima teguran. Orang cakap, bodoh sombong. Budaya? Entah, tapi penyakit yang perlu dijauhkan tetapi sedang berleluasa.

Kesiannya kita bila kita mendengki kemajuan orang lain, sedangkan kita sendiri tidak mencuba untuk bergerak kehadapan. Bukan mudah! Tetapi tidak mustahil. Bukankah sepatutnya kita berkemampuan untuk mencetuskan satu tenaga yang mengerahkan kita untuk mencapai segala mimpi yang kita ada. Dimana tenaga tersebut disimpan, nun jauh terperap dalam diri kita yang tidak sedar akan potensi yang sedang menunggu dikeluarkan. 

Just go all out, at the time you should! Focus on it, because it may be your last chance! 

Later... 

p.s :: Tired but full with excitement. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Kita berusaha sebaik mungkin dan akhirnya hanya perlu bertawakal.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...