Bukan Kita yang Rasa

Assalammualaikum. =)

Monday blues... Rasa macam malas ja mau p kelas, tapi kelas last-last macam ni sangat penting. Kau tau kan? Mana tau ni lah last time kau jumpa lecturer tu. Eh betul what, sebab lecturer tu tak ajar tahun 2, jadi mana saya jumpa even sem ni agak rajin melawat office schools. Ahaha, bukan jumpa lecturer. Lecturer dalam office dialah, buat apa dia stay dalam office schools. 

Post ni bukan pasal Monday blues or what, tapi pasal kita yang kadang-kadang terasa diri betul ja, tidak pun kita cuba minta kawan tu bersabar, tapi itulah bukan kita yang rasa. Kau pernah tidak nampak daging kena cincang? Or else, kau buat sendiri. Pernah tak kau bayangkan daging yang dicincang tu adalah hati kau sendiri? Auch! Saya tak tau macam mana rasanya, tapi saya pernah rasa daging burger Ramlee dalam burger ayam special tapi tak sedap. Sakitnya hati.

Pepatah Melayu ada tulis, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kau percaya tak? Percayalah. Kita minta kawan kita bersabar atas kehilangan sesuatu yang sangat berharga, kita nampak dia menangis tak berhenti, kita masih tetap minta dia bersabar. Tapi kita memang tak dapat rasa apa yang dia rasa. Kita faham dia sedih, tapi macam suhu, termometer boleh bagitau kita in detail surrounding temperature, tapi kulit kita tak, kulit kita cuma boleh sense, panas ke, sejuk ke tapi tak boleh bagitau secara detail.

Kita marah bila kawan kita menangis sebab dia break-off dengan sayang dia, kita mungkin akan bagitau dia, akan ada yang lebih baik daripada tu, mungkin juga kita cakap, baguslah kau dah break dengan dia, sekurang-kurangnya kau ada masa lebih sikit dengan buku tu, dan sangat banyak kemungkinan ayat yang akan kita bagitau dia. Kiranya macam advise la konon. Kita pun mungkin turut sedih, aisey!

Hakikatnya sama, kita tak kan pernah tahu apa yang ada di dalam hati orang lain. Kadang-kadang akan ada suara-suara sumbang di sebalik pintu. Pedulikan, hanya kita yang tahu pedih dihati macam mana, macam luka disimbah air asam, dettol boleh tahan lagi. Tak pun hanya kita yang tahu di awan mana gembiranya kita. Kawan serapat mana pun, kita hanya dapat rasa sedikit daripada kesedihan tersebut.

Oh hampir terlupa, sebenarnya post ni terpost sebab saya rasa orang-orang yang bunuh diri sebab cinta tu sangat @!$%#, mama saya just ketawa bila saya cakap macam tu, lepas tu dia cerita pasal abah saya yang marah mama bila mama buat dunno dengan isi-isi pigeon hole bila mereka dipisahkan dua negara. Lepas tu mama cakap, "kita boleh cakap apa sahaja, tapi bukan kita yang rasa. cuba bayangkan bila kita ada ditempat dia. bolehkah kita berfikir secara waras." sebab tulah, fikiran akal ni perlu dipagari dengan hati, baru kita tidak terasa putus harapan.

Kalau saya sambungkan apa yang En Mamu cakap "tu sebabnya bahaya bila kita sudah sayang dengan orang lain." dengan apa yang mama cakap, mungkin ada benarnya. Dan kita tak akan tahu sebanyak mana kita menghargai seseorang itu, sehinggalah kita kehilangan orang tu. Ok out of topic...

Later, kena kejar bas untuk ke kelas... Confirm kena kutuk sebab sempat update blog, tapi belum update lagi coding Door Lock Systems! Out to the door to the Narnia! =)

2 comments:

  1. betull2.orang tak kan rasa selagi dorang tak rasa sndri..takpe,stiap yang berlaku pastia da hikmah..ermmm
    follow kamu ye

    ReplyDelete
  2. @Woofer Storm klu ms tu kita x rasa, kita x tau jg..sbb hati tu kdg2 kita pn x fhm... =0

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...