Internship?

Assalammualaikum... =')

Praktikal sudah habis!! Oh yeah... Tapi, langsung tidak ada kegembiraan dalam hati, sedih, tidak juga. Entah, perasaan bercampur baur. Oh tidak! Benci. Suka, sayang, sedih semua ada. Jumpa kawan baru, orang baru, perangai baru, persekitaran yang agak baru. 

Masa meeting pertama, "Kenapa pilih ICmic sebagai tempat untuk buat latihan industri?" Cik Intan pandang, tapi buat tidak tahu untuk jawab, jadi Tang jawab dulu. Entah apa jawapan dia, yang pasti jawapan saya, sebab saya minat. Memang! Suka gila design layout! *untuk perhatian, hahaha* Alhamdulillah, functional group memberi ruang yang cukup luas untuk itu. Selepas ini, mahu mencari ruang untuk itu lagi. 

Tiba-tiba rasa awkward. Entahlah, ahli group saya akan baca ini atau tidak, tapi sangat-sangat berterima kasih dengan kamu semua. Ain, Amir, Wan, Tang dan Deen... Lepas tu, ada Honey, Maya, Fizi, Asyraf, Shuaib, dan Izwan... Terima kasih banyak-banyak. Banyak sangat perkara saya belajar dari kamu semua. Untuk UIA-ian, Nani, Ke-on, Yati, Eily... Oh my precious! Haha... Lepas ni, let's hope meeting again! Sangat sayang kamu semua! 

Hey gambar?!! Belum ada seorang yang pun yang upload... Apa ni?! What ever it is, I start missing intern-moment already! Rasa rindu dengan rasa cuak, kelam kabut, tertekan dan seronok bila dapat spec atau LVS clean, dan mungkin juga pengalaman pertama, shaking pegang mouse... It all memories. I'll treasure it, insya Allah, mudah-mudahan apa sahaja yang kita semua dapat dari internship ni, kita dapat aplikasi selepas ini...

Love... 

ps :: selain speechless sebab tertinggal buku log (ah, thanks Faiz, terima kasih banyak, kalau tidak praktikal saya, gagal), speechless sebab the superb shocking news! (ah itu kena bersabar sampai dapat jemputan nasi minyak), the last called dari pintu buat saya super speechless... Hahaha... ok. diam! 

mood : high; cappuccino + penat + tidak boleh tidur + cuak + menyesal + ah = oh my! i am miserable!


Less word wednesday

Kadang-kadang bukan kita tidak suka barang baru... Tapi barang lama punya nilai sendiri.

ps :: orang tu cakap, "awak, selalu orang lupakan yang lama" saya jawab, "awak, tidak akan putus sesuatu hubungan itu kalau kita selalu doakan dia"

Published with Blogger-droid v2.0.6

Salah kawan, bukan diri sendiri

Assalammualaikum... =)

Post ini penuh perkataan yang menidakkan kebolehan berfikir otak. Kalau anda rasa anda benci perkataan seperti bodoh, sila berhenti membaca. Ouch. Bukan seni sarkastik, bukan juga retorik aksara penuh makna, tapi realiti masak nasi perlu guna beras. Setuju? Mungkin tidak untuk sesetengah orang.

Saya bukan pandai, bukan juga seorang yang pandai menjaga diri, menjaga kawan apatah lagi. Tapi, bila sudah terasa ada sedikit kemampuan untuk menilai BAIK dan BURUK, tahu menilai SEBAB dan AKIBAT, dan tahu mengaku salah sendiri... Kenapa meletakkan kawan sebagai benteng untuk membuktikan diri tu baik?

Kalau kawan kita ajak terjun bangunan, ada awak nak terjun? Oh, itu perkara obvious, sudah tentu tidak. Kalau kawan ajak keluar malam, awak nak keluar? Sudah tentu awak akan buat pertimbangan bukan? Diaorang free hair, ada diaorang ajak awak free hair juga? Habis tu kenapa awak tak pesan dengan diaorang pakai tudung? Bukankah kita berharap satu ikatan persahabatan itu berkekalan dan sehingga ke syurga?

Nilai baik dalam kehidupan awak, bukan dinilai pada masa lampau kita, tapi dengan apa yang kita lakukan sekarang. Dalam satu komuniti, ketahanan kita bergantung kepada kita... Kenapa mahu menyalahkan orang lain atas perubahan yang berlaku ke atas diri kita, dan pulanya kita sangat berbangga bila kita berubah kononnya atas inisiatif diri sendiri, sedangkan ada perkara yang berlaku terhadap kita daripada orang lain, dan menyebabkan kita mahu berubah. 

Dalam kita menunding jari ke arah kawan kita, tiga lagi menghala kepada kita. Kita pun sibuklah menjadikan kawan kita mangsa, sedangkan kita yang belum berkemampuan menjaga diri sendiri. Orang tua pesan, "berhati-hati memilih kawan." Tapi bila sudah berkawan, jangan biar diri kita jadi mangsa, kelak nanti kita akan menyalahkan orang lain. Tidak salah berkawan dengan mereka, tapi ingat, semuanya bergantung kepada kita - kalau kita mempunyai kekuatan untuk menarik mereka menjadi lebih baik, bukankah itu lebih baik?





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...