the missing point #1

relationship is about trust. the bridge that made from a diamond. 

Cerita mereka; apabila kelas terbuang macam tu sahaja. Sejam duduk menenangkan hati seorang kawan. "Aku tak tahulah nak bagitau dengan siapa. Kawan yang lain tak akan faham apa yang aku rasa." Titik tikit air jernih itu menitik lagi. Gerai itu kosong, pemilik gerai juga melihat pelik, tapi kumpulan itu tidak mahukan gangguan.

"Maaf Farah, sebab cerita aku buat kau menangis." Padahal dia sendiri sudah tidak mampu menitiskan air mata lagi. 

Senyap, tiada seorang pun yang berada di meja itu membuka mulut. Ina, Farah dan Dya masing-masing terkedu. Orang yang dulunya selalu menimbulkan kemarahan dengan lawak bodoh dia, menjadi seorang yang sangat fragile kini. 

"Kau janganlah macam ni. Janganlah sia-siakan hidup kau." Farah menuturkan kata dalam sedu, masih terkejut sebenarnya, entah kenapa orang yang dulunya sangat bersemangat menjadi orang yang tidak terurus seperti ini, dia terasa sendiri.
"Ada banyak lagi benda-benda yang penting yang perlu kau fikir; kawan-kawan, family, kau buatlah perkara-perkara bodoh dalam kelas, kami faham perasaan kau", sambung Farah.

"Aku tak boleh Farah, tak boleh. Aku tak pernah jadi macam ni Farah."

Ina dari tadi senyap. Langsung risau andai apa yang diutarakan akan menyakitkan hati pihak yang satu. Dya masih mahu mengkaji dimana salah dan silapnya, kenapa masih ada orang yang masih melakukan seperti itu, tersentak juga.

"Tolonglah aku. Tolonglah berkawan dengan dia. Jangan buat aku risau macam ni." Kepala yang terasa berat dipangku di atas meja. Mahu menjerit, tapi akan menarik perhatian. Ah, sudah menangis macam ni, confirm semua orang akan perasan.

Mata hari sudah mulai tegak. Gerai bawah pokok itu sudah mula dibanjiri pelanggan. Sama ada dari sekolah berdekatan mahupun pelajar IPT seperti mereka. 

my heart whisper : Kamu, saya perlukan bahu. Terima kasih kerana meminjamkan nama.


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...