maksudnya mama ada disetiap laman media sosial yang saya ada~~
sedang berguling-guling semalam belum mandi sebab tiada air, tiba-tiba dengar notification ada email. B
ila periksa.. eh, ada notification dari burung biru! check... oh no, mama buka akaun twitter... tidak boleh jadi ni... nanti kedapatan semua crush dengan abang mata biru yang sudah break dengan akak disney tidak boleh berhenti berseronok.
petang tadi pula... "idah, add skype mama..." terlopong kejap depan laptop, kebetulan pula sedang cuba menginstall balik netbean... "Sekarang??" "Ya... si Ilul pun sedang add mama tu..." Oh no!! Kadang-kadang shout out skype tu ditujukan khas buat crush encik kulit putih... mati lah! perlukah buat shout out crush tu... memanglah, sebab dalam tu semua crush dengan Liam Hemsworth, Danny O'Donough bagai...
mama ada facebook juga. selalu juga dia buka biarpun tidak sekerap abah, tapi mama setiap hari juga buka fb..rajin pula tu dia scroll isi fb kami...*sbb fb si atun sudah kena..hahaha..fb saya boring ja* blog? pun ada... dulu dia rajin buka blog si ella dan alia sebelum bertukar sepenuhnya kepada si ella sahaja. tapi akhirnya budak tu tutup blog dia sebab jarang update... mana lagi media sosial yang saya ada akaun mama tiada?? mama marah sebenarnya kalau kami ni jenis tidak bertanggungjawab dengan semua benda. memanglah marahkan, tidak perlu pun mama atau abah yang marah. matanglah sikit *ayat curator unimap dalam tweet dia tadi...*
macam tulah sebenarnyakan... kenapa perlu tunggu ada mama untuk jaga apa yang kita buat? bila kita post sesuatu, tweet sesuatu, tulis sesuatu, kita kena bertanggungjawab dengan semua tu. tapi bukan semua kita berani untuk bertanggungjawab. banyak yang lepas tangan.
kalau kita kongsikan pendapat kita, maka pendapat itu masih boleh dibincangkan. dan tidak semestinya orang faham pendapat kita sebagaimana kita faham akan pendapat kita tu. macam kotak - ada 6 sisi, ada orang yang nampak kotak tu dari padangan atas, sisi dan bawah. kalau pandangan atas tu nampak warna burgundy, yang pandangan sisi mungkin nampak warna maroon, tapi kalau tengok kotak tu lampu malap mungkin nampak kotak tu warna hitam.. padahal kotak tu asalnya warna oren.
ok dah. itu ja mau tulis. tiada penutup...
assalammualaikum.
p/s: waiting my CRUSH album