thank you for the moment...
Jual Tudung
Bila Ramadhan ada bazaar, bila bazaar untuk Ramadhan... Saya benci bazaar, hell no sebab saya pun berniaga juga di bazaar sekolah. Mencari untung? Habis tu, sudah namanya untuk mengembangkan duit Alumni *cakap biar terang, untuk kelas PMR 05 dan SPM 07 sahaja okay...dasar kedekut punya batch...nasib lah..* mestilah dapat balik modal dan ada untungkan. Biarpun sikit, tapi jangan ada rugi. Amanah yang kita pegang, kita jaga betul-betul. Ops, saya bukan menjual tudung di bazaar, jual makanan untuk berbuka juga, tapi kuih jarang ada, sebab orang yang bertanggungjawab, ehem... jarang dapat naik ke sekolah atas bukit ni. Dimaafkan, kalau big boss or lady boss tak bagi, macam mana juga kan. Air dan telur dadar menu utama.. 'Mari beli-beli-beli, kami ada jual air mata dan telur naga...' (Tipu) Amboi, gerai 'kereta MyVI' ada jual ayam KPOP what!
Baru kembali dari membaca post MR K : Why lelaki suka suruh girlfriend dia pakai sopan-sopan tapi dia gatal tackle awek seksi? Bila baca cerita tu... belum habis baca, boleh agak sudah pengakhiran cerita. Lucu, kesian dan sikit lagi mau condemn, nasib teringat sekarang bulan puasa. Siapa suruh terikut sangat dengan some body so called mr boyfie? Eh, saya tidak cakap yang uni di Malaysia is not good as the other, tapi kalau balik dr US, confirm lah some investment sudah dilakukan, membazir tau tak. Kecuali kau orang kaya... No problem biggie...
Okay, pedulikan yang itu. Mari ke entry sebenar.. JUAL TUDUNG... Fine, langsung tiada kaitan dengan jual-menjual disini. Tapi tu, tu, tu... tajuk entry MR K. Sila ambil soalan tersebut tanpa peduli akan email dan perempuan tersebut, sebab dia langsung tidak bersalah, dia sekadar bertanya dan langsung tidak ada kena mengena. This post is for someone who I really hope read this. Tolonglah makan cili kali ni, cakap depan kau tidak peduli. So, how about this?
Kalau rasanya saya akan jawab soalan tu, mestilah jawapan tu akan back-up lelakikan. Macam mana pun, tetap akan menyebelahi kaum itu. Jadi macam mana kalau saya jawab dengan jawapan seorang kawan, Nawal... "Kalau kau tak malu dengan ALLAH, silakan."
Pernah dengar tidak ayat ini atau yang serupa dengannya, 'Kakak tegur bukan sebab kakak buat peraturan sendiri tapi rasanya adik pun tahu menutup aurat tu peraturan siapa.' Kalau kakak tu tegur, mesti kau akan benci dengan dia bukan. Kau akan cakap, kakak ni berlagak lah, tunjuk baik konon... and so on... Kalau kawan kau pula tegur, tunggulah bulan depan baru kau nak menyapa balik orang tu. Alhamdullilah, kalau kamu menerimanya dengan hati yang terbuka dan menyedari hakikat itu. Tapi kenapa kalau some body so called mr boyfie tu yang tegur, kau tidak pula condemn or ignore dia? Good things happen, ada orang yang dapat tegur dia selepas kawan-kawan yang lain tidak dapat tegur.
I miss YOU
I miss you every single seconds...
==" .... =| ...
Euh! Hahaha...lucu...but hell ya, i miss you. Why? Do not seek the cause, because it just happen, no reason!
Ok, done...
Have a sleep... Good night people...
Assalammualaikum. =] May tomorrow is better than today.
==" .... =| ...
Euh! Hahaha...lucu...but hell ya, i miss you. Why? Do not seek the cause, because it just happen, no reason!
Ok, done...
Have a sleep... Good night people...
Assalammualaikum. =] May tomorrow is better than today.
Mimpi
Jauh mungkin perjalanan yang akan dilalui, 2 jam. Bukan jalan bertar, jalan garabel kalau orang Ranau panggil, kalau orang lain, mungkin jalan kampung...Biarkan apa pun jalan tidak berturap dipanggil, tapi misi yang dibawa bukan boleh dipandang ringan. 'Bukan semua orang boleh mengembangkan pemikiran sehingga mencipta hipotesis dan berfikir secara kritikal.' Ayat lecturer yang masih berdengung di kepala. Pelajar tingkatan 5, masa yang tinggal sebelum SPM sudah tidak selama yang dijangka, FOCUS!
Tapi bukan itu matlamat yang akan dibawa, matlamat untuk membuka minda pelajar, biarkan mereka bermimpi memegang awan, biarpun sakit kalau terjatuh, tidak bermakna mereka tidak boleh berdiri semula. Bukan sekadar suka membuat program, tetapi mahu ramai pelajar mampu bersatu padu, bekerjasama agar kejayaan yang dikecapi dapat dikongsi bersama.
Bagaimana mahu mencipta keinginan memajukan diri dalam diri pelajar? Semua orang mahu maju, tidak ada yang terkecuali. Semua mahu hidup selesa, tetapi apabila sudah berada dalam zon selesa, susahnya untuk keluar daripada kawasan tersebut dan mencipta satu keadaan yang menekan kita untuk berusaha dengan lebih keras. Mungkin juga sudah terlalu manja dengan keadaan tersebut, sehingga menjadi sangat tegar untuk menerima teguran. Orang cakap, bodoh sombong. Budaya? Entah, tapi penyakit yang perlu dijauhkan tetapi sedang berleluasa.
Kesiannya kita bila kita mendengki kemajuan orang lain, sedangkan kita sendiri tidak mencuba untuk bergerak kehadapan. Bukan mudah! Tetapi tidak mustahil. Bukankah sepatutnya kita berkemampuan untuk mencetuskan satu tenaga yang mengerahkan kita untuk mencapai segala mimpi yang kita ada. Dimana tenaga tersebut disimpan, nun jauh terperap dalam diri kita yang tidak sedar akan potensi yang sedang menunggu dikeluarkan.
Just go all out, at the time you should! Focus on it, because it may be your last chance!
Later...
p.s :: Tired but full with excitement. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Kita berusaha sebaik mungkin dan akhirnya hanya perlu bertawakal.
Subscribe to:
Posts (Atom)