Putus Asa

Selalunya bila kita ketawa dan senyum, kita akan rasa lebih baik bukan? Saya tidak faham hidup kamu, malah jalan hidup saya sendiri tidak selancar seperti dalam novel. Kehidupan plastik, tapi
Life is a perfect melody, only the lyrics mess up.
I read it printed in the clothes by Red Apple, so I didn't know who said it. Iklan, budak KKB63 dan ramai budak UniMAP yang beli baju ni daripada beli baju schools sendiri, *ngeh menyesal pula tidak beli baju schools, cantik apa*.

Pernah atau tidak, kau rasa sebenarnya melody itu yang perlu ditukar, kerana lirik yang kau ada sangat terkesan dihati? Mungkin tafsiran setiap orang tu berbeza, bagi saya untuk mengubah melody tu, maknanya mati. Untuk mengubah melody dengan keinginan kita sendiri itu pula mungkin, bunuh diri?

Pernah tak kau rasa seolah-olah itu penyelesaian semua masalah yang kau hadapi sekarang? Hidup ni tidak bernilaikah? Kau rasa keseorangan, panik, takut, sedih dan semua kesakitan tu menekan-nekan hati kau? Seolah-olah terasa bahawa kaulah orang yang paling malang didunia.

ATAU kau pernah melihat seorang yang sedang menanggung kesakitan yang maha dasyat  untuk dia tanggung dan kau semakin menghancur-lumatkan orang tu? Kau langsung tiada belas kasihankah? Memang ada orang yang perlu ditegur supaya dia berpijak di dunia nyata, tapi bukan dengan cara kau cincang hati dia sampai dia berputus asa untuk hidup. 

Kita tidak tahu apa yang menunggu di hadapan kita. Macam mana kalau percubaan kita untuk membunuh diri tidak berjaya, lepas tu kita kehilangan keupayaan. What a waste?! Kalau berjaya, bukankah kau hanya menyebabkan masalah dengan orang lain? Sangat menyusahkan.

Bukan senang untuk cari orang yang akan dengar masalah kau. Sangat susah sebab semua orang ada kerja dia sendiri. Tapi kita ada banyak sesi epiphany yang dilakukan oleh orang-orang yang mahu dengar cerita sedih kau di internet berlambak ruang untuk kau menulis kesakitan itu.

Kau juga mungkin mahu lirik yang tertulis untuk kau synchronize dengan melodi, yang mana kau tahu dengan siapa kau mahu luahkan rintihan hati kau. Dan kau perlu ingat, kau tidak akan dibebankan dengan musibah yang tidak mampu kau tanggung. Semua hanya ujian, untuk menguji sama ada kau lulus atau tidak.

p.s :: dengar lagu senyum, sangat comel and jadi macam orang tidak berapa betul, senyum sendiri. betulkan, kalau kita senyum, semua orang berjangkit, bila semua orang senyum, dunia ini tiada penyakit. Oh, ayat last saya sedikit tidak bersetuju, sebab rambut kau coklat, rambut saya biru, rambut dia hitam, apatah lagi hati. =) 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...